Saturday, January 1, 2011

2011: Tahun Merawat Malaysia bukan Melawat

Di Seremban, sekumpulan remaja mengakhiri detik 12 malam dengan keadaan mabuk memecahkan cermin kereta penduduk Taman Tunku Jaafar. Itu kisah arak, barang keperluan wajib diperolehi tahun baru. Belum dicerita kisah kondom, benda penyedap untuk anak-anak muda. Produktif sebab sedap. Di Terengganu, mat rempit dengan helmet berlogo 1Malaysia merempit. 

Tahun baru atau lama adalah sama sahaja untuk anak muda sebegini. Bukan tahun baru  yang perlu diselamatkan. Negara ini perlu dirawat. Semoga detik 12 malam tahun 2012 dapat diakhiri dengan lebih baik bersama dengan kerajaan baru, pemerintah baru Pakatan Rakyat.

Remaja mabuk pecahkan kereta penduduk

SEREMBAN 1 Jan — Angkara sambutan Tahun Baru 2011, penduduk di Fasa 3 Taman Tuanku Jaafar mengalami kerugian apabila sekumpulan remaja dipercayai mabuk memecahkan cermin kereta milik mereka yang diletakkan di tepi jalan dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi tadi.
Seorang peguam berusia 45 tahun, Zulhaimi Zakaria, berkata ini merupakan kali pertama kejadian seumpamanya berlaku di taman itu.
"Saya sedang tidur apabila terdengar kekecohan. Apabila keluar saya melihat beberapa orang penduduk sudah pun berkumpul untuk memeriksa kenderaan masing-masing,” katanya ketika ditemui Bernama.
Empat buah kereta yang diletakkan di Jalan 3/8 turut rosak dipercayai akibat perbuatan remaja terbabit dan kerosakan serupa berlaku ke atas beberapa buah kenderaan yang diletakkan di luar rumah di Jalan 3/9. — Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template