Saturday, January 1, 2011

2011: Amaran kepada blogger Pakatan. Kedemokrasian suara akan berkubur

Tahun 2011 polis akan menyekat maklumat tidak tepat media baru.   Semua organisasi baik SPR mahupun polis cuba memperkenalkan idea atau sistem yang baru atas tujuan mengatasi masalah. Malah perlantikan SUK Selangor pun dimanipulasikan habis. Ini semua adalah untuk memastikan BN terus berkuasa. Jika SPR, baca lah apa yg disebut dalam protokol zionis yang ke-10. Keadilan dan kedemokrasian akan terus diharamkan di negara ini. Ia bukan sesuatu yang menguntungkan BN. Tipu daya dan memperkudakan pihak lain adalah pasti.

Polis mahu sekat maklumat tidak tepat media baru -meloya


Mohd. Shukri Dahlan (kiri) menerima tongkat kuasa daripada Zakaria Yusof sambil diperhatikan Ismail Omar pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Kontinjen Perak, Ipoh, semalam.


IPOH 30 Dis. - Polis akan mencari inisiatif baru bagi menyekat penyebaran maklumat tidak tepat yang dilakukan oleh media-media baru pada tahun depan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasikan teknologi maklumat (IT) untuk kepentingan sendiri perlu disekat.
"Kita bimbang sekiranya tidak ditangani, ia akan menyebabkan penyebaran fakta-fakta salah yang boleh memesongkan pemikiran rakyat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template