Thursday, December 2, 2010

UMNO bukan tuan kepada melayu


Agama islam adalah agama dianuti orang melayu. Islam tak pandang warna kulit, warna rambut. Makan rasuah, salah guna kuasa, buat maksiat tak kira lah melayu asal usulnya planet zuhal ke tak bertaubat dinerakakan juga. Masalah Orang melayu cap UMNO ni memandang tanah ini tanah melayu, melayu adalah tuan di tanah ini. Selain melayu adalah dianggap keturunan imigran. Tanah khatulistiwa ini dianggap hak milik mutlak bangsa melayu. Orang luar masuk tanah ni jangan 'ngedebe'. Ini masalah otak orang melayu cap UMNO yang lazimnya lagi tinggi songkok seseorang itu, lagi tinggi lavel kemelayuannya. Bagaimana di tanah borneo? ada berani berkokok ketuanan melayu di sana?

Survivor UMNO adalah melayu. Ditakdirkan sampai masanya dalam keadaan PRU  pada masa itu, orang melayu sudah sedar dan menolak UMNO secara total. Tanpa sokongan orang melayu maka berkubur lah UMNO. Tidak seperti parti PAS, Keadilan, DAP yang masing2 sokongan  terhadap parti mereka tidak dikira secara mutlak untuk satu kaum. Sampai bila orang melayu hendak bertuankan UMNO. Kita bukan toyol setiap hari dikerah. Sampai bila genetik orang melayu ini hendak dicreatorkan oleh UMNO. Kesian orang melayu cap UMNO.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template