Friday, December 31, 2010

Pemuda UMNO kelate minta konsert nasyid bukan wali band. Tapi tak bantah konsert penyanyi gay

Mungkinkah ini azam baru atau buang tabiat? Pemuda UMNO Kelantan minta kerajaan PAS buat konsert nasyid aje, tak perlu konsert Wali Band. Haram campur penonton lelaki dan perempuan. Ada kah berlaku penonton konsert sebegitu di Kelantan?. Tapi UMNO tak haramkan konsert penyanyi gay Adam Lambert di Kuala Lumpur. Bergesel-gesel penonton lelaki dan perempuan.

Malam ini kita lihat lah negeri mana punyai pesta kondom yang terhebat. Konsert Wali Band ada misi. Misi kutip duit rakyat untuk disumbangkan kepada warga Palestine. APCO dapat tahu mesti marah ni. Misi konsert Adam Lambert bukan untuk kutip dana Paletine. Misi menyuburkan pengaruh gay. Mustahil APCO kapir yahudi  itu nak marah.

Dulu haram, sekarang anjur konsert Wali Band


Pergerakan Pemuda Umno Kelantan hari ini mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri itu membenarkan sebuah kumpulan popular dari Indonesia, Wali Band mengadakan persembahannya di Kota Bharu malam ini yang semata-mata bermotifkan politik

Ketuanya Anuar Safian berkata memang menghairankan Kelantan yang dahulunya langsung tidak membenarkan konsert seumpama itu diadakan di negeri itu tetapi kini demi mendapat sokongan golongan muda, parti itu sanggup melakukan apa sahaja.

"Dahulu persembahan seperti ini dianggap haram kerana terdapat percampuran lelaki dan perempuan tetapi apa kewajaran sehingga membenarkan kumpulan luar negara pula mengadakan persembahan.

"Apakah tidak akan berlaku percampuran lelaki dan perempuan dan tidak adakah kumpulan nasyid yang hebat di negara kita untuk membuat persembahan seperti ini," katanya selepas majlis sumbangan beg sekolah kepada murid-murid pendidikan khas Pejabat Pelajaran Daerah Kota Baharu di Kota Bharu hari ini. -malaysiakini

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template