Thursday, December 16, 2010

Parti ini KITA punya! kah kah kah


Dalam PKR, nak dihalaunya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali keluar dari PKR. Sekarang apa jadi, tup2 senang2 jadi presiden dan siap tukar nama lagi. Akan datang nak tukar logo parti pulak.

Habis siapa itu KITA? kalau ROS Kelantan masih mengesahkan Hanafi sebagai presiden AKIM. Siapa itu AKIM? macam biasa lah, sila keluar dari parti ini wahai Hanafi.

Hanafi mengaku masih presiden AKIM
Hanafi Hamat tetap menganggap dirinya sebagai presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang sah walaupun ada pihak lain mendakwa diri mereka presiden AKIM. 

hanafi hamat akim permatang pauh by election 180808 02Sebelum ini Bernama melaporkan Pengarah ROS Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat mengesahkan Hanapi kekal menjadi presiden parti AKIM berikutan kemelut perebutan pihak lain terhadap jawatan itu sehingga menjejaskan penubuhan parti berkenaan. 

Sehubungan itu, Hanafi (kanan) berkata beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru bagi parti itu iaitu Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya, di Kuala Lumpur hari ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template