Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah 1432: Berhijrah lah dari Barisan Nasional

5 Disember 2010 dalam memori rakyat. Pada hari itu ada 3 peristiwa berlaku di Kuala Lumpur, mengambarkan 3 suasana yang berbeza. Pada pagi2 buta 5 Disember, Rosmah Mansor isteri kepada ketua pemimpin rejim "bergalok" dengan tarian cuti-cuti 1 Malaysia seperti sudah lupa akan rakyat yang baru menderita dengan kenaikan harga barang. Mereka bergalok pada pagi itu,yang dicari hanya lah rekod.  

Konvensyen BN. Najib bersama2 dengan pemimpin parti komponen rejim enak-enakan berada dalam dewan yang serba dingin dengan ketawa riang dan mengutuk kaw-kaw pakatan rakyat, sungguh selesa dan lupa akan rakyat yang sedang menjerit diluar sana. Sebaliknya pemimpin2 tertinggi Pakatan Rakyat bersama-sama dengan rakyat berperang di jalan raya menuntut hak mereka. Ada yang menangis, ada yang mengendong anak kecil, ada yang basah kuyup bersusah payah berdepan dengan unit2 rejim. Hanya kerana air yang dicatur oleh kroni rejim. 

p/s: Geng baju merah 5 Disember, hijrah yang agong


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template