Thursday, December 9, 2010

Jangan jadikan negara ini ketuanan judi


Ini negara ketuanan melayu dan sebuah negara islam contoh. Ini menghina ketuanan melayu.

Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGANmenyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.
JAWAPAN BERTULIS:
Tuan Yang di-Pertua,
            Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:
TahunJumlah (RM)
20001,958,380,415.89
20011,972,252,986.48
20021,922,115,807.36
20031,797,401,240.15
20041,849,176,119.10
20051,984,615,754.74
20062,266,814,152.52
20072,416,963,021.54
20082,561,892,892.66
20092,606,378,658.57
Sehingga 20 September 20101,952,406,090.08
 2.    Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.
Sumber: jiwokelate

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template