Sunday, December 5, 2010

Hari ini dalam Sejarah


Air mencurah dari langit bukan untuk diperdagang. Jikalau udara disekeliling kita ini boleh diswastakan, tak mustahil, ini boleh land maa. Anda sedut, anda bayar. Hari ini 50 orang penentang ditangkap oleh polis yang menjaga, melindungi kepentingan kapitalis. Itu kerja mereka. Dasar menjaga keamanan negara, kononnya. Tetapi penangkapan, tentangan kasar terhadap rakyat yang tidak boleh diterima. 

50 orang ini bersusah payah berjuang dan ditangkap polis, sebaliknya para penyokong UMNO di Selangor  selesa berhari minggu dirumah bersama keluarga dan sehingga waktu ini masih menikmati air murah yang sedang dipertahankan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Semoga mereka yang ditangkap ini kental bersemangat dan dimurahkan rezeki mereka, amin.

p/s: Ketika PRK Parlimen Hulu Selangor, diberitahu bahawa seorang pengundi makcik tua berterima kasih kepada kerajaan UMNO kerana pemberian percuma 20 meter padu air. Kesian.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template