Wednesday, December 29, 2010

Guru mana tu?: ACP RM1000 siap bergadoh-gadoh. RM 500 sebulan tak nak?

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (ACP) dapat RM1000 shj. Entah bila pulak nak dapat. Kena bodek bos dulu. Ini zaman bodek. Kawan lain dapat siap masam2 muka, tak bertegur sape. Memang tahap bodoh lembu lah kalau guru tak nak imbuhan RM500 sebulan SEBULAN! Oleh itu jangan jadi bodoh semasa hari buang undi PRU13. 

Guru mana tak mahu RM500 sebulan
Tawaran Pakatan Rakyat (PR) untuk menaikkan imbuhan sebanyak RM500 kepada warga pendidik merupakan sesuatu yang menarik. Hal ini kerana tawaran tersebut membabitkan kira-kira 400 ribu guru. Sudah pasti sebelum membuat tawaran ini pihak PR telah membuat kajian kerana wang yang diperlukan untuk tujuan tersebut mencecah RM3.2 bilion setahun.
Tawaran ini bolehlah disifatkan sebagai serampang dua mata – politik dan tanggungjawab. Dari sudut politik, seperti yang dinyatakan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo tawaran kenaikan gaji guru sebanyak RM 500 ini boleh mempengaruhi rakyat untuk memberi undi kepada PR.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template