Thursday, December 9, 2010

Gagal tangani aktiviti penyeludupan, kenapa harga minyak pula kena naik!


Ayat2 ini dikarang oleh UMNO untuk membodohkan rakyat especially orang2 kampung, ceruk2 felda. 

"Ia (menangani penyeludupan) adalah antara sebab kerajaan terpaksa menaikan harga bahan itu, selain mengurangkan jurang perbezaan harga di peringkat antara bangsa," katanya kepada pemberita, di Bachok, semalam. -malaysiakini

Bodoh, bodoh, bodoh. Minyak kerap diseludup ke negara Thailand. Harga di Thailand lebih mahal sebab mereka bukan negara pengeluar minyak. Kenapa nak bandingkan harga minyak di sini dgn di sana? Macam mana nak kurangkan jurang perbezaan harga antara negara pengeluar dgn negara bukan pengeluar minyak? 

Sedangkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak, kenapa nak kurangkan jurang harga minyak dengan negara yg takde hasil minyak? Alang2 nak bodohkan rakyat, samakan terus harga minyak di sini dengan di sinun. Dijamin takde lg aktiviti menyeludup. Macam2 helah nak menipu rakyat. 

Imbas kembali kata2 Awang kaitan dengan isu lesen judi bola sepak. ” Kerajaan masih mendapatkan maklum balas dan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di negara ini.”

p/s: kata Awang Adek " Hasil penjimatan daripada pengurangan subsidi ini akan digunakan kerajaan untuk melaksanakan pelbagai projek bagi feadah rakyat". Ini macam taktik halal judi bola sepak di mana hasil cukai judi bola boleh digunakan untuk pembangunan sukan negara. Senang betul nak bodohkan rakyat.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template