Tuesday, December 7, 2010

Cuba menipu selagi boleh untuk selamatkan keadaan

Penstrukturan air Selangor isu rakyat 

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penstrukturan semula industri air Selangor sebagai satu isu serius kerana ia membabitkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak terlibat mengetepikan soal politik supaya keutamaan dapat diberikan kepada masalah rakyat.

Menurutnya, dalam apa keadaan sekalipun isu yang melibatkan masalah rakyat perlu melebihi daripada segala-galanya.

''Dalam masalah air ini kerajaan negeri berada pada kedudukan yang berbeza, namun begitu kita akui ia merupakan satu isu serius dan seharusnya pihak terbabit mengetepikan soal parti politik," katanya selepas menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) 2010 di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu penstrukturan semula air di Selangor.

Hari ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan memorandum mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor kepada Istana Negara bagi memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung isu itu.

Memorandum itu diserahkan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira pukul 2.15 petang.
Antara kandungan memorandum itu memohon Seri Paduka menitahkan hak air yang kini dikendali Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dikembalikan kepada Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. -utusan

Ini berita boleh bikin tipu sama rakyat. Akhbar ini menyusup ke dalam kampung2 dan ceruk2 felda. Nak bagi faham makcik2 kampung bahawa protes geng baju merah pada 5 Disember menuntut Syabas dikembalikan kepada kerajaan PKR Selangor. Ini boleh bikin makcik2 kampung keliru, bodoh dan marah. Nak gelapkan kepala hotak makcik2 kampung ini PKR yang gatal2 nak air bukan atas dasar rakyat.

Sang Najib cakap ini isu rakyat, ketepikan soal politik. Ini umpama pencacai UMNO duk kutuk PAS berpolitik dalam masjid. Nak kelirukan dan bodohkan makcik2 kampung bahawa air ini isu rakyat dan bukan soal politik. Malang bagi makcik2 kampung bahawa mereka yang jumud akan tertipu hakikatnya semua orang tahu air itu sudah dipolitikan awal-awal lagi oleh rejim BN dan kroni dengan penswastaan syarikat dan perjanjian konsesi air yang langsung tidak menguntungkan rakyat.


p/s: seluar dalam, sabun, berus gigi, air, gula, beras, minyak masak, minyak petrol, semua ini adalah politik.

1 comments:

New Hope on December 8, 2010 at 2:29 AM said...

Salam

berita tu pun belit

KLIK SINI:BRAIN DRAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template