Monday, December 6, 2010

Ahli2 parlimen pakatan bersama geng baju merah. Siapa pula ahli parlimen BN bersama geng baju hitam?

Isu air di Selangor: Ketepikan kepentingan politik - Najib


KUALA LUMPUR 5 Dis. - Kepentingan rakyat merupakan keutamaan pokok apabila menyelesaikan masalah penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - melayu


Ini bukan soal kepentingan politik, tapi ini adalah kepentingan rakyat. Atas dasar tanggungjawab terhadap rakyat lah para pemimpin pakatan dan rakyat yang faham akan hak mereka turun ke jalan raya bersusah payah kerana rakyat termasuklah untuk rakyat pro BN di Selangor. Di atas, sang Najib bercakap soal menjaga kepentingan kroni, kepentingan tembolok tekak mereka. Bukan kepentingan tembolok rakyat!

Ketepikan kepentingan politik apekejadah apa? Ini jelas menunjukkan pemimpin sebegini begitu jauh perasaan kasihnya terhadap susah senang rakyat. Pemimpin susah nak faham kehendak rakyat.  Najib berkokok pasal isu air ini atas kepentingan siapa? Jangan selalu auta dan bikin rakyat jadi bodoh. Sampai bila kita mahu melihat pemimpin2 rejim UMNO/BN hidup senang lenang atas kesusahan dan kebodohan rakyat.

HHRS: Sepatutnya si Najib ini perlu sama join geng baju hitam turun ke jalan raya mempertahankan hak kepentingan kroni mereka. Aku heran, geng2 baju hitam ni sedar diri atau tidak? adakah pemimpin2 mereka bersama mereka turun demo? Ada tak ahli parlimen BN bersama mereka bersusah payah turun ke jalan raya? Tidak seperti geng baju merah, kita ada ahli2 parlimen turut serta malah Menteri Besar Selangor turut sama join. Inilah bezanya antara UMNO/BN dengan Pakatan Rakyat. Kenali siapa pemimpin anda, baru lah anda seorang pengundi yang bijak. Jangan jadi pengundi bodoh sepanjang zaman.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template