Tuesday, December 21, 2010

100 hari: PR mampu kerana berjanji dengan rakyat bukan berjanji dengan kroni!

Hahaha, suruh bini bertudung tutup aurat pun Najib Razak tak mampu buat. Jantan dayus, berkokok je lebih!. Demi rakyat, ia mampu untuk dilaksanakan. Percayalah. Tetapi jika projek2 yang hendak dilaksanakan untuk rakyat tetapi dalam masa yang sama juga turut mengenyangkan perut2 kroni mungkin tidak, seperti mana rejim UMNOAPCO kini. 

Bayangkan negara ini diperintah oleh PR selama 100 hari bersih tanpa rasuah. Tetapi negara ini diperintah lebih 50 tahun bergelumang dengan rasuah gagal dibendung sehingga kini berkotak-kotak skandal rasuah pemimpin2 kroni2 UMNO APCO yang tidak diadili dengan sewajarnya. Kelantan adalah negeri contoh di mana pegawainya bersih dari gejala rasuah. Siapa yang lebih dipercayai? DAP yang berganding dengan PAS atau UMNO yang berganding dengan APCO Yahudi lakhnatullah yang sampai bila pun memusuhi islam.


Tidak berpaksi kemampuan sebenar - Najib


PUTRAJAYA 21 Dis. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelbagai tawaran yang dikemukakan pakatan pembangkang kepada rakyat tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar mereka.
Bagaimanapun, Perdana Menteri enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
"Lain kalilah sebab kita akan beri respons yang terperinci,” katanya selepas menyaksikan pemeteraian memorandum perjanjian persefahaman antara Malaysia dan India untuk kerjasama berkaitan perkhidmatan bantuan teknikal bagi pembangunan dan pengurusan lebuh raya di pejabatnya di sini hari ini.
Najib berkata demikian ketika mengulas mengenai tawaran dalam Program 100 Hari yang dikemukakan pakatan pembangkang pada konvensyen mereka yang diadakan di Pulau Pinang, Ahad lepas.
Ia mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum ke-13.
Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template