Wednesday, October 6, 2010

UMNO: sana sini Ku Li

Galas: Buruk sungguh Umno layan Razaleigh

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Umno menjadikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak ubah seperti kukur kelapa yang dipergunakan apabila perlu dan diperosok di ceruk dapur apabila tidak perlu.

"Buruk sungguh cara para pemimpin Umno melayan pemimpin veteran mereka yang selama ini mereka sanjung-sanjung jasa dan sumbangannya kepada parti itu, orang-orang Melayu dan negara.

"Orang-orang Umno memperlakukan Tengku Razaleigh seperti kukur kelapa. Nak pakai, ditunggangi, kalau mereka terluka ketika mengukur kelapa, kukur dimaki dan setelah habis dipergunakan, basuh pun tidak terus diperosok di ceruk-ceruk dapur," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu yakin, rakyat tentulah menerima layanan yang jauh lebih buruk lagi dari Umno kalau pemimpin veteran mereka pun dilayan seburuk itu. harakah

kah kah kah


Ku Li calon BN di Galas bukan rendahkan martabatnya
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cadangan agar Tengku Razaleigh Hamzah dijadikan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas tidak akan merendahkan martabat anggota veteran UMNO itu. hairan


UMNO tak pernah pinggirkan Ku Li: Ahmad Maslan
ALOR SETAR: Pemilihan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas membuktikan UMNO tidak pernah meminggirkan Ahli Parlimen Gua Musang itu walaupun beliau seringkali mempunyai pendirian yang berbeza dengan parti. hairan


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template