Friday, October 8, 2010

Projek meyusukan rakyat

Hadiah akhir tahun: Harga susu akan naik

Kenaikan harga susu tak dapat dielak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga susu di negara ini sekiranya harganya meningkat di pasaran dunia.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata harga penjualan susu termasuk produk tenusu tempatan dijangka meningkat tidak lama lagi disebabkan kenaikan harga bahan mentah di pasaran dunia. malaysiakini
















dulu projek buang susu. dulu harga pasaran luar murah

sekarang projek menyusu 1 malaysia. 

  • Peruntukan RM375 juta setahun. 
  • 3.1 juta murid sekolah rendah di seluruh negara
  • 270 juta kotak susu 


1 comments:

Alkafaza on October 9, 2010 at 9:38 AM said...

Harga susu naik hanya spekulasi
Oleh NIZHA PERIASAMY, JAGATHESWARY NARAYANAN dan NOOR ASHREEN ISMAIL
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Laporan kenaikan harga susu termasuk produk tenusu tempatan naik dalam tempoh terdekat ekoran peningkatan harga bahan mentah barangan tenusu di pasaran dunia dianggap spekulasi semata-mata.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) menegaskan, spekulasi tersebut yang hangat diperkatakan ketika ini oleh sesetengah pihak adalah tidak benar sama sekali.
Justeru beliau menasihatkan pengguna supaya tidak perlu bimbang sebab harga susu masih dikekalkan seperti biasa dan belum ada lagi sebarang kenaikan.
“Namun oleh sebab harga jualan susu bukan berada di bawah produk kawalan harga, jika berlaku kenaikan pada masa depan, kementerian tidak berkuasa mengambil sebarang tindakan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat lebih AS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik pada tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) dalam suku keempat tahun lalu.

Sinar harian
Kenaikan harga susu tak dapat dielak SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga susu di negara ini sekiranya harganya meningkat di pasaran dunia.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga jualan susu, termasuk produk tenusu tempatan dijangka meningkat tidak lama lagi disebabkan kenaikan harga bahan mentah di pasaran dunia.

“Kenaikan itu tidak dapat dielakkan memandangkan pengeluar dan pengilang tempatan terpaksa menanggung kos belian import yang tinggi.

“Biasalah, apabila kita beli barang dengan harga mahal, sudah pasti kita terpaksa jual dengan harga yang lebih tinggi. Bagaimanapun, buat masa ini harga susu kita masih dikekalkan seperti biasa,” katanya kepada media selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan di Seremban 2 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berhubung harga tepung susu tanpa lemak adalah bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat kepada lebih AS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik tahun ini, berbanding AS$2,100 (RM6,741) satu tan metrik dalam suku keempat tahun lalu.

“Sekatan harga tidak boleh dilakukan ke atas barangan itu disebabkan ia di luar kawalan kita. Ini kerana kita membeli barang diimport. Perkara ini sudah banyak kali berlaku,” katanya.

Ismail Sabri berkata, biarpun kementerian akan membentangkan Akta Anti Pencatutan 2010 di Parlimen bulan ini, ia masih tidak boleh menghalang pengeluar untuk menaikkan harga barang itu.

“Ini kerana sekiranya pengeluar mempunyai bukti bahawa harga bahan mentah itu benar-benar meningkat di seluruh dunia. Akta ini hanya boleh menyekat dan mengenakan tindakan terhadap peniaga yang menjual barangan untuk mencari keuntungan berlebihan tanpa sebab munasabah.:

“Sebagai contoh, topeng muka, peniaga beli 30 sen dan jual 50 sen tetapi apabila permintaan meningkat dan mereka masih membeli dengan harga 30 sen sekeping, tetapi jual sampai RM5, yang ini memang boleh dikenakan tindakan mengikut akta ini,” katanya.

yang mana satu betoi ni ????????
kena tipu lagi la rakyat ..!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template