Monday, October 25, 2010

PRK Galas: Orang PKR, DAP boleh kibarkan bendera PAS




Cepat, cepat, jom pakat kibar bendera parti lain. Sebelum diharamkan oleh SPR


PRK Galas: PKR, DAP tidak boleh kibarkan bendera- melayau

GUA MUSANG 25 Okt. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak dibenarkan mengibarkan bendera parti masing-masing semasa proses pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas.
Timbalan Setiausaha (Operasi) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah berkata, pihaknya hanya membenarkan parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu sahaja mengibarkan simbol parti masing-masing.
"Barisan Nasional (BN) dibenarkan mengibarkan simbol parti-parti komponen mereka kerana BN berdaftar dengan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia.
"PKR dan DAP, biarpun mendakwa sebagai pakatan pembangkang, mereka tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Maka PKR dan DAP tidak boleh mengibarkan simbol parti masing-masing, kecuali PAS,” katanya selepas taklimat pilihan raya kecil DUN Galas kepada media di sini hari ini. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template