Saturday, October 9, 2010

Cabaran Bahasa Melayu di bumi melayu sendiri

Cabaran 1: Cetusan idea perosak bahasa. PPSMI

Cabaran 2: Degil dan berlengah-lengah untuk mansuhkan PPSMI

Cabaran 3: Berdepan dengan FRU, water canon. kerana mu melayu.

Cabaran baru: Idea wajibkan lulus bahasa penjajah untuk SPM

Bahasa Melayu hadapi cabaran semakin hebat
Bahasa Melayu yang dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan kini menghadapi cabaran semakin hebat kerana dihimpit budaya luar, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata orang Melayu terutama kalangan cerdik pandai turut mengalami krisis psikologi kerana apabila mereka berbahasa Melayu, mereka akan disifatkan sebagai kekampungan manakala berbahasa Inggeris akan di pandang tinggi.

bumiputera malaysia people market chart"Keadaan ini amat berbeza di negara Jepun, Korea, China, Perancis dan Jerman kerana mereka maju dan berjaya berlandaskan bahasa ibunda mereka yang diguna pakai dalam sebarang urusan rasmi, perniagaan dan perdagangan serta ekonomi," katanya ketika melancarkan program Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat negeri di Melaka, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Kerajaaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

Mohd Ali berkata kegagalan untuk menulis dan bertutur secara fasih dalam bahasa Melayu di kalangan generasi pascamerdeka tidak boleh dimaafkan. malaysiakini


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template