Wednesday, September 15, 2010

Utusan dah bosan buat kerja bohong untuk Najib

Utusan cuba naikkan Tun M, pinggir Najib?
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 15 Sept: Ekoran menyokong Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), akhbar Utusan Malaysia terus menerima kritikan dari pemimpin Umno.

Kali ini Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz pula mempersoal agenda sebenar akhbar milik Umno itu yang didakwa cuba merendahkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan melebihkan penasihat NGO tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Utusan juga jelasnya seperti mempunyai agenda tersendiri apabila lebih menonjolkan Dr. Mahathir berbanding Najib.

"Saya tidak faham Utusan. Siapa bos mereka? Najib atau Dr Mahathir? Kadangkala saya tertanya adakah mereka ada agenda untuk membawa kkembali Dr Mahathir untuk menggantikan Najib," katanya dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider.

Lawan bos, lawan tokey. Koncu2 memberontak. Surat khabar banyak tak laku. Tak abis jual. Berlambak2 di kedai mamak. Penyebar fikiran rakyat moto tak selari dengan minda penulisan. Perlu ubah. Perubahan perlu untuk laku. Jangan dimalukan oleh makcik pisang goreng. 

Lebih panas...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template