Saturday, September 18, 2010

Najib buat lawak kat Pekan

Pemimpin perlu merasai kesusahan rakyat

PEKAN 18 Sept. - Para pemimpin masyarakat perlu memiliki sifat rendah diri dan tawaduk dalam menjalankan tanggungjawab serta sanggup merasai kesusahan yang dialami rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seseorang yang bergelar pemimpin bukan bermakna berada pada kedudukan tertinggi atau memiliki keistimewaan tetapi ia suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Beliau berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pekan di Dataran Pekan di sini hari ini. - Utusan

Lawak membodohkan orang Pekan. Lawak simpati.  Ini lawak bodoh membodohkan rakyat. Mungkin Najib tak reti buat lawak. Rosmah perlu perbetulkan lawak bodoh itu.

Rosmah lebih pandai berlawak dari Najib. Ini lawak cerdik dengan air mata. Air mata rosmah memancut-mancut. Air mata keibuan mengenangkan sembilan orang rakyat Turki yang terbunuh akibat kekejaman Regim Zionis.


"Suami saya mengambil keputusan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Bosnia Herzegovina pada satu tahun sekitar 1990-an dan saya ditinggalkan di Rome, Itali pada pagi raya. "Ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Rome, helikopter yang membawanya terlewat dua jam kerana ada wakil media dari Malaysia yang mengikuti rombongan itu tersesat, jadi beliau terpaksa tunggu mereka. Itu baru dua jam, saya rasa macam 20 hari," katanya

Lawak air mata

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template