Monday, September 6, 2010

Kita mencekik kekayaan ini sama-sama

kena main

Bonus raya: Bagaimana nasib rakyat bukan kakitangan awam?


KUALA LUMPUR, 6 Sept: Kerajaan pusat dinasihatkan supaya menghentikan usaha memperbodoh rakyat
dengan pemberian bonus RM500 kepada 1.24 juta kakitangan awam. 

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata pemberian bonus tersebut sebenarnya tidak menyelesaikan masalah rakyat yang berdepan kenaikan harga barangan asasi dan kos hidup. Harakah


Ya betul, kekayaan negara ini patut diagihkan sama rata kepada rakyat. Kekayaan negara ini bukan hanya untuk dicekik oleh kakitangan petronas dengan bonus berbulan bulan, kakitangan awam dengan bonus 5 6 ratus, kroni UMNO/BN dengan bermacam-macam keistimewaan tetapi kekayaan hasil perut bumi dan atas permukaan bumi negara ini juga berhak dinikmati oleh rakyat lain yang walaupun tidak mempunyai hubungan langsung dengan petronas, kerajaan dan mahupun konco2 UMNO/BN.


Pemberian subsidi adalah salah satu contoh pengkongsian hasil kekayaan negara ini yang boleh dicekik oleh setiap lapisan rakyat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template