Sunday, September 5, 2010

Jangan ingat kedudukan selesa untuk selama-lamanya...

Dalam pilihan raya 1999, Datuk Seri Najib Tun Razak menang dengan majoritihanya 241 undi sahaja. Itu pun selepas dibawa masuk tambahan 2,400 undi - iaitu undi pos yang entah dari mana datangnya.rujukan


Keputusan itu hampir sekali kemenangan berpihak kepada pembangkang, keputusan yang sama sekali tidak boleh diterima oleh Najib jika kalah. Oleh itu perubahan secara radikal berlaku di kawasan periuk nasi Najib. Pada tahun 2003 persempadana semula dibuat, maka satu kemenangan yang manis dikecapi Najib dengan menang majoriti 22922 pada PRU 2004 setelah Kem Batu 10 Kuantan dimasukkan dalam kawasan periuk nasi Najib. Menjelang PRU ke 12, kawasan periuk nasi yag memutih itu menjamin keselesaan kemenangan Najib, boleh dikatakan kawasan paling selamat untuk BN. rujuk disini. 


Kini keputusan yang tidak memuaskan hati sekali lagi memihak kepada Najib. Perubahan ke atas felda adalah perlu, peneroka adalah salah satu penyumbang undi besar kepada BN. Ia perlu diselamatkan.



Najib Tak Dapat Terima Keputusan Mahkamah Menangkan Peneroka Felda

SHAH ALAM 3 Sept - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperlekehkan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung  kes saman peneroka  Felda Kemahang 3 di Kelantan dianggap sebagai keterlaluan dan menghina mahkamah. sumber
Keselesaan akan berakhir...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template