Thursday, September 30, 2010

DUN Galas: PAS perlu bangkitkan isu royalti minyak

Royalti?

DUN Galas: Ku Li dilantik pengarah pilihan raya UMNO/BN

PRK DUN Galas adalah cara untuk menjelaskan kepada PR siapakah Ku Li? PAS perlu bangkitkan isu royalti minyak dalam siri-siri kempennya. Team UMNO pimpinan Ku Li tentang melawan? Tersepit?. Kebijaksanaan Muhyiddin.


Royalti atau kain pelekat?

Harun dakwa Ku Li sokong calon Pas di DUN Galas

29/09/2010 5:55pm

KUALA TERENGGANU 29 Sept. - Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Harun Taib tidak bimbang pengaruh kuat Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menjejaskan peluang Pas untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Sebaliknya, Harun yakin Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu akan menyokong calon Pas pada pilihan raya kecil DUN terbabit yang bakal diadakan tidak lama lagi.
"Kita yakin Tengku Razaleigh sendiri akan memberi sokongan kepada calon Pas pada pilihan raya kecil itu. Tengku Razaleigh orang bijak berpolitik.
Biasanya dia melihat suasana dan realiti,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Pas Terengganu, di sini hari ini. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template