Sunday, September 5, 2010

Bonus 2 bulan gaji, sikit sangat?



Bonus petronas

Dengar khabar, pengumuman telah dibuat oleh Presiden Petronas pada hari Jumaat 27/8/2010 semalam bahawa semua kakitangan akan mendapat bonus pada bulan depan. Persoalannya sekarang, cuma dua (2) bulan gaji saje yang akan dibayar kepada seluruh kakitangan Petronas. Kenapa sikit sangat jika dibandingkan dengan tahun2 lepas?. 
Dengar cerita orang dalam, Petronas Board sudahpun meluluskan bonus sebanyak 4 bulan gaji, tapi semasa dibawa kepada kelulusan, 2 bulan gaji kakitangan Petronas telah di hijack untuk dibayar kepada kakitangan kerajaan. Patutlah CEUPAC dan seluruh media massa heboh baru2 ini menyiarkan berita bahawa kakitangan kerajaan akan memperolehi bonus RM500.00 seorang. Bertuah betul kakitangan kerajaan mendapat hasil dari keringat kakitangan Petronas tanpa bersusah payah bekerja dan tak perlu memenuhi KPI masing2, semua dapat samarata RM500.00 seorang. Kan adil namanya tu !!! sumber 

Aku tertarik dengan perenggan yang kedua, Bertuah betul kakitangan kerajaan mendapat hasil dari keringat kakitangan Petronas tanpa bersusah payah bekerja dan tak perlu memenuhi KPI masing2, semua dapat samarata RM500.00 seorang. 
Adakah keuntungan "milik" petronas itu hanya patut dibahagi bahagikan antara kakitangan mereka sahaja? Hasil yang keluar dari perut bumi itu adalah hak rakyat, hak negara. Sebab itu ada tuntutan royalti bagi negeri-negeri berkaitan. Ia bukan hak total untuk kakitangan bersut kuning. Hak rakyat Terengganu juga hanya menikmati hasil perut bumi itu hanya RM300. Kakitangan kerajaan dan swasta yang lain juga kerja macam nak mampus menyumbang kemajuan negara ini.
Ambil contoh kakitangan etilinas geng2 bersut biru. Dikhabarkan technicians bawahan yang dikatakan kerja macam nak mampus ini tidak ada pemberian wang bonus untuk raya dan bauncer shopping di parkson dikecilkan sebanyak RM 120 sahaja. Kecuali kakitangan eksekutif dengan pemberian bonus raya 2 bulan gaji. 
Hasil perut bumi negara ini sudah bertahun-tahun ditarah, dicekik oleh mereka, apabila terpaksa cekik bonus 2 bulan gaji dah mula merapu-rapu. Rakyat kebanyakkan sudah lama merapu-rapu kerana susah. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template