Sunday, August 22, 2010

Harga ayam: Kerajaan bukan anak jantan melawan pembekal.

Oleh Tempe Goreng

" Seorang wanita bersungut bagaimana dia mahu menyambut dan menyediakan juadah yang sedap untuk keluarganya. Ini kerana harga ayam kerap sahaja naik bila tiba waktu raya aidilfitri. Nada wanita itu seakan mahu mengatakan kerajaan hari ini kerajaan yang tidak ada keberanian melawan conqueror and the producer".
Ibarat buaya takutkan si cicak.

Belum pun tiba hari perayaan aidilfitri, tapi bahang kenaikan harga siling jualan ayam dipasaran pasti akan mendadak naik. Kenaikan pada ketika dulu dan kini masih lagi mengekalkan statusnya selaku jaguh dan pengkokok yang sempurna. Harga mninyak baru yang diseragamkan tempohari masih segar lagi dalam gelodak kesengsaraan oleh rakyat. sengsara kenaikan yang membawa kepada penurunan kuasa beli rakyat akibat lebihan bajet diperlukan untuk minyak.


Harga silimng ayam kekal pada sekitar 6 ringgit ke 6.70 sekilogram. Namun akibat permintaan yang sudah tentunya tinggi di musim raya aidilfitri ini maka pengeluar yang sememangnya tidak takut dengan akta itu ini kerajaan telah sewenangnya sahaja bersahaja naik harga. Kerajaan dilihat tidak melakukan tindakan drastik atau tindakan yang berkesan dalam mengekang mahupun mengawal harga pasaran. Cuma kesimpulan akhirnya nanti rakyat akan dinafikan supaya jangan makan ayam. Makan ayam membawa keburukan atas kesihatan katanya. Itu cerita lama dan sudah basi.

Kita bukan mahu belajar sains diperingkat sekolah rendah yang membincangkan sebab dan musabab sesuatu kejadian atau fenomena berlaku. Makanan utama dimusim perayaan banyak memperagakan tradisi seperti rendang daging, lemang termasukjlah ayam yang dibuat rendang atau kari. sedap dimakan diwaktu perayaan namun kerajaan tidak bersikap bela dan bantu rakyat. Mungkin kita boleh bela ayam daging atau ayam kampung sendiri di belakang rumah. Tapi, bersedialah dengan makian dan rasa kurang senang jiran kita jika ayam berak kapur, ayam berak di tangga dan dilantai rumah jiran. Malah kokokkan dan bunyi ayam sudah menjengkelkan bagi sesetengah orang.

Jangan terkejut jika harga ayam harga tetap diniagakan pada harga RM7.00 hingga RM7.20 sekilogram kelak. Itu adalah strategi menang-menang sebelah pihak dan menguntungkan dipihak pengeluar dan pembekal ayam. Mereka tahu Orang Melayu dan Islam makan ayam dengan bayak di musim perayaan. Tiba masanya mengaut keuntungan berkali-kali ganda tanpa mengenal erti kepuasan. Itulah sebabnya jika kerajaan hari ini kerajaan yang tidak bertegas dan lembik dalam menangani isu-isu kepenggunaan dan kebajikan hal ehwal rakyat.

Oleh itu, sekali-kali jangan fikir kita dinafikan hak tapi percayalah kita mampu memilih kerajaan yang betul untuk memacu Malaysia untuk tempoh 2 dekad atau 50 tahun seterusnya nanti.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template