Sunday, July 4, 2010

Gantung Suara Keadilan Langkah Pertama Tekan Media Malaysia

Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM 2 Julai - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu permohonan memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi parti, Suara Keadilan yang ditolak Kementerian Dalam Negeri semalam menunjukkan betapa pentingnya Malaysia  menggubal atau meminda dasar yang dapat memahami dan mencerminkan keadaan global negara.

"Pagi tadi Suara Keadilan diharamkan, esok program saya di Johor dibatalkan. Nasib baik mereka tak sempat tahu pasal program Mitchell Kapoor hari ini, kalau tidak dibatalkan sekali lagi," kata beliau membidas tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang berusaha mengekang aktiviti KEADILAN.
Permohonan tersebut tidak dipertimbangkan KDN atas alasan jawapan kepada surat tunjuk sebab yang diberi kepada Suara Keadilan pada 28 Jun lalu tidak memuaskan.
Tindakan KDN ini dipercayai berhubung tajuk laporan 'Felda Bankrap' yang disiarkan dalam edisi 22-29 Jun akhbar tersebut.
Ekoran itu, semalam Felda telah menghantar surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM200 juta serta permohonan maaf daripada Suara Keadilan Anwar berkata kini tiada berita penting dan utama dipaparkan di media arus perdana kerana kesemuanya dikawal oleh kerajaan.
Sebelum itu ketika berucap di forum Inovasi dan Keusahawanan di Bangunan SUK, di sini hari ini, Anwar berkata Malaysia mempunyai tabungan simpanan tertinggi tetapi pelaburan asing terendah di Asia.
Beliau membidas akhbar seperti Utusan Malaysia yang menyorokkan komen beliau tentang Rancangan Malaysia Ke-10 yang mendedahkan kepincangan Malaysia yang mempunyai tabungan simpanan tertinggi tetapi pelaburan asing terendah di Asia. 
Sebaliknya media arus perdana sibuk memburukkan beliau sebagai agen Yahudi dan Amerika.
Komen beliau mengenai kelemahah RMK-10 tidak akan dipaparkan langsung di dalam mana-mana media arus perdana yang dikawal kerajaan Umno-BN kerana takutkan kebenaran daripada diketahui umum.
Beliau juga mengulas mengenai lawatannya ke Amerika Syarikat baru-baru ini untuk menyampaikan syarahan.
"Saya telah dipanggil ke AS untuk berucap di Pusat Woodrow Wilson berkenaan hak asasi manusia dan telah berjumpa dengan beberapa sahabat yang masa telah dikritik oleh media arus perdana seolah-olah saya cuba membaiki hubungan dengan Yahudi.
"Sahabat saya terdiri daripada pelbagai kaum dan saya sendiri tidak tahu samada mereka Yahudi atau tidak. Ada antara mereka yang mengenali saya tetapi saya tidak begitu mengenali mereka. Yang penting di sini ialah saya tidak melihat mereka dari aspek perkauman tetapi perjuangan mereka dan begitu juga sebaliknya, mereka bukannya berkawan dengan saya kerana saya Melayu," tegas beliau lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template