Saturday, July 17, 2010

BARANG NAIK; RAKYAT MENERIMA KESUSAHAN

http://www.buletinonline.net
KUALA NERUS - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri Terengganu dan juga negara gagal memberikan kesenangan hidup kepada rakyat.

Sehari demi sehari, Umno dan BN semakin menyusahkan rakyat dengan tindakan terbaru memotong subsidi dan menaikkan harga minyak, gas dan gula.

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata kegagalan Umno dan Bn adalah kerana tidak melaksanakan keadilan Islam sebagaimana diperintahkan Allah SWT

”Menurut hadis RasuluLlah, apabila pemimpin-pemimpin tidak melaksanakan keadilan mengikut hUkum Allah SWT, maka berlakulah kesusahan dikalangan rakyat jelata,”jelasnya ketika berucap dalam Majlis Penerangan Pakatan Rakyat di sini semalam

Menurutnya, kerajaan BN sesuai dengan nama BN itu ‘barang naik’ kerana terus menerus menaikkan harga barangan.

Namun begitu, Yang DiPertua PAS Kuala Nerus itu berkata, pada masa yang sama, akhlak dikalangan rakyat merudum.

”Pada masa barang naik harga menjulang, akhlak rakyat menurun dan runtuh, bukan sahaja akhlak runtuh tetapi bangunan juga runtuh,”ujarnya.

Menurutnya, itulah malapetaka yang diterima oleh rakyat di negara ini akibat pemerintahan Umno dan BN.

Beliau dimaklumkan, Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyidin Yassin yang mengadakan lawatan ke negeri Terengganu, mengakui bahawa kenaikan harga barang yang berlaku menyusahkan rakyat.

”TPM datang hari ini menyatakan bahwa kenaikan harga barang ini tidaklh sangat menyusahkan rakyat,

”tak sangat, dia kata,

”maknanya disini (dia berkata) menyusahkan rakyat, cuma tak (menyusahkan) sangat,”katanya mengulas ucapan TPM di sebuah sekolah semalam .

Beliau yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu berkata, kenaikan harga barang tidak dirasakan oleh Menteri, Exco dan pemimpin Umno kerana semuanya percuman dibayar oleh kerajaan.

Sebaliknya, rakyat dikampung yang ‘kais pagi makan pagi’ terpaksa menanggung kesusahan.

Yang paling malang adalah, menurutnya, mereka yang memberi undi kepada Umno/BN, kerana terpaksa membeli minyak dengan harga yang mahal juga.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template