Friday, May 21, 2010

Melayu tipu melayu masih ditakuk lama dengan idealogi lapuk 41 tahun yang lalu

Woi! bangkit woi...

Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak). Di sebelah pihak rakyat yang mana hendak dibangkitkan, di sebelah rakyat yang menyokong BN atau di sebelah pihak yang menyokng Pakatan Rakyat. Bagi pihak Pakatan Rakyat, rakyat dah lama bangkit menentang rejim BN dan terkini gelombang penentangan kedua kebangkitan rakyat di Sibu selepas PRU12. Di pihak BN pula, apa yang mahu dibangkitkan sedangkan mereka adalah parti pemerintah.

Gertak 13 Mei, ini bukan rakyat bangkit, ini program "Melayu Bangkit". Program khas untuk melayu yang tak sedar diri. Program ini tidak ada kena mengena dengan Ah Chong tokey kedai basikal mahupun  Bala tokey kedai runcit. Program ini untuk melayu mudah lupa. Ini program lawak, bahasa sendiri dijajah oleh bahasa asing pun diam menikus. Jahanamkan anak2 melayu untuk mempelajari sains dan matematik. Sebab itu, "melayu bangkit" program lawak pencacai yang membangkitkan isu 41 tahun lalu sedangkan isu terkini sains dan matematik (PPSMI) masih dijajah oleh bahasa asing.

Melayu: masih dibuai mimpi

Gertak dengan full namenya Gerakan Kebangkitan Rakyat. Gerakan sokong melayu. Ini bukan gerakan nak bangkitkan rakyat, ini gerakan untuk bangkitkan melayu. Sepatutnya pakai nama Gerakan Kebangkitan Melayu. Melayu, melayu...nak bangkitkan jiwa melayu tapi tanggungjawab kepada agama langsung tak diperdulikan. Ini lah melayu. Melayu tipu melayu nak bangkitkan melayu.

Di Sibu rakyat dah mula bangkit selepas 28 tahun di bawah cengkaman rejim BN. Undi rakyat Sibu adalah undi yang menetang judi bola halal oleh anjuran BN yang dikepalai oleh melayu, rasuah, ketidak adilan kerajaan BN kepada rakyat dan lain2 perkara yang merosakkan negara.

Woi ini tahun 2010, 13 mei sudah lama berlalu 41 tahun yang lepas. Semua kaum mahukan negara ini berubah menjadi sebuah negara yang adil kepada rakyatnya. Tetapi melayu tipu melayu masih ditakuk lama dengan idealogi lapuk 41 tahun yang lalu. Melayu, melayu...melayu tercicir masa... Isu kini, terbaru, isu panas yang langsung berkaitan dengan orang melayu islam iaitu JUDI BOLA HALAL BERLESEN yang patut gerombolan melayu tipu melayu kena bangkitkan melayu bangkit menentang judi, bukan peristiwa 41 tahun yang lampau yang jumud, alah dan jijik antara diri sediri dengan kaum yang lain. Ini bukan zaman sumbangan kain pelikat. Belajar lah dari orang Sibu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template