Saturday, May 22, 2010

Melayu dan kupu-kupu Biston betularia









Melayu: Prosesnya pelahan, kesannya kecil dan tidak dapat dilihat dalam satu generasi tetapi akhirnya dapat menukar komposisi populasi





Ulang tahun UMNO ke 64, satu tempoh yang lama lebih setengah abad. Zaman penjajah orang putih mengutuk orang melayu kerana bangsa melayu bangsa yang lemah tidak mampu untuk buat apa2 hatta sebatang jarum sudah berlalu. Gerombolan melayu tipu melayu (UMNO) masih membuktikan tiada perubahan dengan ideologi lapok 13 mei mereka selama 41 tahun di mana wujud usaha untuk menganjurkan program lawak "Melayu Bangkit" yang dijana oleh pencacai Gertak. Ini lah penyakit melayu tak sedar diri. Program memangkukkan melayu. 

Gerombolan melayu tipu melayu kena ingat, gerombolan melayu yang hendak dikencing oleh gerombolan melayu tipu melayu bukan lagi gerombolan melayu yang tidak mampu untuk buat apa2 hatta sebatang jarum. Zaman ini gerombolan melayu yang hendak dikencing oleh gerombolan melayu tipu melayu dah ada dibekalkan vaksin anti kencing melayu, susah nak kena jangkitan. Vaksin bagi gerombolan melayu yang lapar dengan maklumat sahih, jujur, segalanya benar mudah untuk didapati seperti di youtube, blogger2, portal-portal pro gerombolan melayu yang hendak dikencing oleh gerombolan melayu tipu melayu. 

Gerombolan melayu yang hendak dikencing oleh gerombolan melayu tipu melayu yang ada di zaman Najib kini mantap, tahan lasak dan dapat melawan penyakit kencing melayu.Vaksin anti kencing melayu sudah membuktikan keberkesanannya di  Kampung Hilir Nangka Sibu di mana majoriti peratusan melayu kalis dengan penyakit yang di bawa gerombolan melayu tipu melayu meningkat sebanyak 34%. Keberkesanan vaksin anti kencing melayu di Sibu membuktikan harapan kemandrian melayu bagi gerombolan melayu yang hendak dikencing oleh gerombolan melayu tipu melayu akan meningkat pada PRU13 akan datang.

Gerombolan melayu tipu melayu kena ingat, setiap perkara akan mengalami perubahan dengan masa. Serangga kecil seperti kupu-kupu biston pun akan berubah warna pada kepaknya mengikut warna persekitaran dalam tempoh masa. Prosesnya pelahan, kesannya kecil dan tidak dapat dilihat dalam satu generasi tetapi akhirnya dapat menukar komposisi populasi. Apa significantnya adalah hak untuk hidup.

Seperti kupu-kupu yang mengalami proses pemilihan persekitaran,  gerombolan  melayu yang hendak dikencing oleh gerombolan melayu tipu melayu juga akan mengalami proses pemilihan yang serupa seperti kupu-kupu Biston betularia. 

Cukuplah kerja memangkukkan melayu. Melayu tak akan diperbodohkan untuk selama-lamanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template