Sunday, March 7, 2010

Lompat melompat: Belum capai tahap pure generasi lagi.




kita tunggu generasi2 tulen ini yang langsung tidak mempunyai ikatan sejarah dengan UBN

Jangan cakap besar dengan berkata jadi wakil rakyat bukan atas dasar parti tapi atas kehendak rakyat. Jangan cakap besar, mood PRU lalu menunjukkan rakyat memilih Pakatan untuk menang bukan atas dasar calon. Habis, parti apa lagi yang rakyat nak pakai nak menentang BN kalau bukan parti2 gerombolan pakatan. Jangan gambarkan peribadi sebagai faktor menang pada PRU lepas.


Usia PKR masih baru dan masih ada sekelompok2 penyokong, ahli dan pemimpin yang mempunyai talian dengan UMNO dan juga BN pada masa dahulu, secara purenya untuk pro PKR kini sedang diisi oleh generasi baru kini. Segelintir dalam PKR secara fenotip mereka adalah PKR, tetapi secara genotipnya kadang-kadang ada sedikit kemelut was-was idealogi kemungkinanya.

Pembersihan PKR untuk menjadi pure PKR perlukan masa. Mungkin 10, 20 tahun utk mencapai kepureranya. Dan ketika itu, penyokong, ahli mahupun kepimpinan diisi tempat oleh generasi pure PKR yang langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan UMNO mahupun BN.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template