Thursday, March 18, 2010

JUARA hanya milik UMNO/BN?

Pembangkang cemburu kejayaan UMNO - sinar hairan

KUALA TERENGGANU – Kritikan pembangkang terhadap projek pembangunan dan program Juara Rakyat yang dilaksanakan sekarang sebenarnya menggambarkan rasa cemburu mereka atas kejayaan UMNO. 

Ketua UMNO Bahagian Marang, Yahya Khatib Mohamad berkata, pembangkang berasa iri hati dengan konsep Juara Rakyat yang dilaksanakan UMNO kerana ia mampu meraih perhatian dan sokongan rakyat negara ini. 

Menurutnya, perasaan cemburu itu bertambah apabila pembangkang khususnya Pas tidak berkeupayaan menjaga kebajikan rakyat dengan sebaik mungkin ketika diberikan mandat memerintah negeri ini pada 1999. 

“Ketika itu Pas tidak buat apa-apa pun demi kepentingan rakyat, sekadar menjadi sebuah kerajaan sedangkan rakyat mahukan sesuatu dan kegagalan itu menyebabkan Pas ditolak pada 2004,” katanya ketika dihubungi semalam. 



Juara rakyat? dalam PRU menipu, menang undi pos, juara rakyat tahi kucing dia...nak jolokkan minda rakyat dengan kata2 bombastik tapi hakikatnya jolokkan juara rakyat terhadap BN langsung tak kena pada moral mereka. Moral mereka hanya berupaya dengan jolokan sebegini ' JUARA KRONI' dan

juara barang naik, juara minyak naik, juara robohkan rumah ibadat, juara rasuah, juara menyelam dengan kapal selam, juara FRUkan rakyat, juara rampas tanah, juara menghabiskan wang rakyat, juara memgampu, juara mencengkam kebebasan bersuara, juara membodohkan rakyat, juara mengPKFZkan kroni, juara menjutawakan kroni2, juara dengan undi pos, juara dari a hingga ke z...


1 comments:

Abdullah on April 9, 2010 at 3:37 PM said...

Salam,
Ghanu dok dang ommo, dok ghok cetong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template