Monday, February 15, 2010

Metaliti seorang phd



Kapal Selam : BTN kata baik ada dari tiada
Posted on Saturday, February 13 @ 22:20:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper


Analisis IsuOleh: genken

"Seorang pensyarah Biro Tatanegara (BTN) yang ada lulusan Doktor Falsafah ketika dalam sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) di Kem BTN Ulu Sepri menjawab soalan peserta yang menyoal kenapa beli kapal salam buruk.

Jawab Dr itu baik ada dari tiada...




Mulai dari saat itu, peserta menyebut-nyebut “baik ada dari tiada” sehinggalah tamat program selama seminggu itu. Sampai kini ia menjadi usikan nakal kawan-kawan bila berkomunikasi.
Kalau pensyarah bertaraf Dr. dalam BTN seperti itu, maka tidak peliklah jawapan Zahid Hamidi si Menteri yang tak ada Dr. itu pun. Kata Zahid, kerosakan yang berlaku pada kapal selam adalah sangat kecil, mungkin kerosakan yang sangat kecil itu boleh di bayangkan sebesar “anak kuman kurus”.....walaupun akibat dari kerosakan kecil itu kapal selam tak boleh menyelam.
Sekecil mana pun kerosakan, kalau kapal selam tidak boleh menyelam ia menunjukkan satu masalah yang amat serius kepada sistem pertahanan negara. Sebagai marhaen yang perihatin kepada keselamatan negara merasa khuatir kerana sejarah menunjukkan sempadan negara terlalu lemah seolah-olah tidak dijaga langsung.
Usah jangan ambik ringan kerana pendatang tanpa izin saja sudah berjuta-juta dan sejak zaman pak lah lagi kononnya masalah pendatang ini hendak ditangai, tetapi apa yang berlaku dua enjin jet pejuang milik Tentera Udar Diraja dicuri. Kapal selam milik Tentera Laut Diraja yang baru beli rosak kecil.
Adakah Tentera kini menerima pakai pemikiran Dr. BTN yang kata baik ada dari tiada itu?...adakah perkara yang strategik seperti itu untuk di pulut kuning, direnjis air mawar, di potong reben dan baca doa selamat saja?.
Sebagai marhaen kita malu kerana semua keperluan tersebut adalah untuk mempertahankan tanah air. Kedua-dua sayap tentera itu pula mempunyai kaitan langsung dengan kedaulatan institusi Raja.
Yang sedihnya, BTNlah kononnya faham akan tafsiran tanah air itu sehinggakan setiap programnya peserta diminta untuk memahami apakah itu tanah air. Namun, seolah-olah Menteri dan BTNnyalah yang tidak faham akan sayangi tanah air sendiri.
Berbalik kepada kerosakan kecil kapal selam. Kita marhaen ingin bertanya satu soalan kepada pihak yang terbabit. Piawaian apakah yang digunakan untuk membina kapal dan komponen-komponen kapal berkenaan?.
Wartawan diluar sana boleh tanya soalan yang sama kepada menteri atau pegawai yang terlibat.
Soalan itu penting kerana biasanya sesuatu peralatan yang canggih seperti itu mesti mempunyai piawaian yang tersendiri. Antara piawaian termaju yang melibatkan pembinaan yang kritikal,  piawaian dikelaskan sebagai “military standard”, “nuclear standard” dan “medical standard”.  Takkan Pejabat-pejabat berhawa dingin di Putrajaya saja yang ikut piawaian (cuma ISO saja),  kapal selam yang canggih dan enjin jet yang diselengara mesti dibina dan dijaga dalam satu sistem kawalan piawaian yang jauh lebih ketat.
Kita tidak tahulah bagaimana persetujuan mengenai piawaian di antara Malaysia – France dijanjikan kerana ia dilakukan oleh broker dan pakar strategik terkenal Razak Baginda melalui penterjemahnya Altantuya yang mati diC4kan.
Marhaen bimbang sekiranya piawaian yang dimaksudkan itu tidak diambil kira kerana maklumlah broker itu sendiri penipu besar.  Usahkan tidak menipu, semasa mahkamah putuskan dia tidak bersalah, broker itu kata dia akan melanjutkan pelajaran keluar negara. Padahal semasa ditahan broker berkenaan baru saja “submit” tesis PhD di university oxford.  Selepas dibebaskan dari kes itu barulah ujian “viva” di lakukan.
Kesah tesisnya ialah berkenaan dengan dasar hubungan luar Malaysia-China masa zaman Tun Razak ayahanda Najib. Adakah Altantuya juga penterjemahnya semasa PhD?. Biasiswanya di taja oleh British (Chevening). Inilah taraf pakar strategik negara mengkaji hal-hal strategik negara sendiri menggunakan biasiswa British. Data-data yang dikumpul yang ditesiskan itu menjadi hak milik British sepenuhnya.
Bagi marhaen lebih baik buat tesis pasal perangai beruk diyang dilakukan di hutan di Malaysia dari bawa data penting dalam negara untuk ditulis tesis di luar negara.
KERAJAAN MALAYSIA perlu fikirkan secara serius berapa banyak data-data yang diambil dari dalam negara tetapi dibawa keluar atas nama tesis PhD.  
Kalau broker kapal selam mempunyai fikiran yang serupa dengan Menterinya Zahid Hamidi dan Dr. di BTN itu iaitu “baik ada dari tiada”, maka tunggulah bahaya besar akan melanda anggota TLDM yang akan tinggal dalam badan kapal selam berkenaan...
muramatsu, UK


Kapal selam tak boleh selam, itu cuma kerosakan kecil hahahaha

Bas ekspres tayar  botak pun kena saman

1 comments:

Anonymous said...

cayalah bro!!hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template