Monday, February 1, 2010

Juara Rakyat: UMNO BN juara 50 tahun berturut-turut



Program Juara Rakyat? kenapa tak bubuh slogan program Juara Nespray. Hakikatnya UMNO BN juara membebankan rakyat, juara naikkan harga barang, juara menindas rakyat, juara menghabiskan wang rakyat. Juara 50 tahun berturut-turut.



Kami lah juara!!!


Program Juara Rakyat yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk mengingatkan rakyat bahawa UMNO dan BN adalah parti yang telah membawa kejayaan kepada negara. -utusan

Program ini merujuk kepada hasrat UMNO untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat. -UMNO online



Angkatan Muda Keadilan Selangor menganggap kempen terdesak pihak Umno untuk memenangi hati rakyat dengan slogan ‘Umno Juara Rakyat’ adalah omongan kosong dan gimik politik murahan semata-mata.
Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut yakin bahawa rakyat tidak mudah termakan dengan slogan itu kerana jelas bahawa trek rekod Umno dulu, kini dan selama ini sememangnya parti itu adalah juara rasuah politik dan banyak dasarnya menyusahkan dan membawa beban kepada rakyat dan negara.
“AMK Selangor ingin mengingatkan Umno memang juara rakyat dalam hal merampas tanah rakyat, rasuah dan penyelewengan, skandal akhlak dan moral, membawa kebobrokkan kepada sistem kehakiman, merampas kuasa di Perak dan pelbagai lagi persepsi negatif,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. -anwaribrahimblog

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template