Monday, February 8, 2010

Eye On Malaysia: Fitraco NV boleh membuat apa sahaja termasuklah menjual roda gergasi tersebut.


Mahkamah benarkan Eye On Malaysia dipindahkan-Utusan

08/02/2010 1:00pm

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pemilik asal Eye on Malaysia, Fitraco NV dari Belgium, untuk memindahkan dan mengeluarkan roda gergasi itu dari Muara Sungai Melaka.
Dengan perintah itu bermakna, Fitraco NV boleh membuat apa sahaja termasuklah menjual roda gergasi tersebut.

Berita terdahulu



ARKIB : 08/01/2010

Kerajaan Melaka minat beli Eye On Malaysia?-Utusan

08/01/2010 6:36pm

MELAKA 7 Jan. – Kerajaan negeri Melaka kesal dengan tindakan MST Ad Suria Sdn. Bhd. yang gagal menjelaskan hutang kepada Syarikat Fitraco NV sehingga menyebabkan buaian roda gergasi, Eye On Malaysia terpaksa menutup operasinya, bermula hari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sikap sambil lewa syarikat tersebut telah menjejaskan operasi Eye On Malaysia yang menjadi salah satu tarikan pelancong ke negeri ini.
Mahkamah Tinggi Melaka pada 26 November lalu memerintahkan operasi Eye On Malaysia dihentikan setelah MST Ad Suria didapati gagal membayar tunggakan hutang sebanyak RM17 juta kepada syarikat dari Belgium tersebut.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template