Wednesday, January 27, 2010

Sorang disaran kembali ke pangkuan UMNO, lagi sorang disaran menjadi wakil rakyat bebas












Hanya melompat parti dapat memuaskan hati yang lara setelah dipilh rakyat? hati rakyat yang memilih mereka macam mana pula?


Azan diharap kembali ke pangkuan UMNO

KUALA TERENGGANU 26 Jan. - "Atas dasar persahabatan, saya harap Azan dapat kembali semula ke pangkuan UMNO kerana beliau dilahirkan menerusi 'kilang' UMNO". Demikian nasihat Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Syed Anuar Syed Mohamad kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang juga sahabat baiknya. --->

Disaran jadi wakil rakyat Bebas
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin disaran meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas bagi membolehkan beliau memperjuangkan Islam tanpa terikat dengan pendirian parti. Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau percaya dengan cara itu sahaja Zulkifli dapat memaksimumkan pembelaannya kepada agama Islam di Dewan Rakyat. --->


Ibrahim Ali cakap itu Zulkifli Noordin patut keluar PKR supaya dapat memperjuangkan Islam tanpa terikat dan dengan cara itu sahaja Zulkifli dapat memaksimumkan pembelaannya kepada agama Islam di Dewan Rakyat. Ibrahim Ali melompat dulu pasal apa ? dan apa yg mahu dimaksimumkan oleh Ibrahim Ali dalam Dewan Rakyat tanpa terikat dengan PAS? Dengan cara melompat je boleh puaskan idealogi masing2?


Ketika mengumumkan perletakan jawatan tersebut, Azan cuma menzahirkan beliau sebagai ahli biasa dalam PKR. Rakan UMNO duk pancing pula, atas dasar persahabatan atau atas dasar rakyat? Baik punya mata kail. Mestilah baikkan, keluaran "kilang UMNO" seperti mana kata Syed Anuar.
Diharap Zulkifli Noordin dan Azan fikirkan tangan-tangan yang memangkah di luar sana.














0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template