Sunday, January 24, 2010

Rekod apam 1 Malaysia dah tercipta, Malaysia terus memperbaharui rekod lain...

TPM dakwa Malaysia tak pernah abai isu hak asasi
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata isu hak asasi di Malaysia perlu dinilai secara adil kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan isu tersebut seperti didakwa pihak tertentu.

Beliau berkata kerajaan sentiasa melakukan penambahbaikan dalam pelbagai isu hak asasi manusia termasuk membabitkan keagamaan di negara ini.





Rekod hak asasi manusia Malaysia terus tercalar


Sehari selepas Malaysia dikecam kerana rekod asasi yang buruk , seorang lagi pendatang asing dihukum meskipun kesnya masih pada peringkat rayuan.

Mohd Ibrahim, 27, dilapor disebat di penjara Kajang pada 26 Nov 2009 – sehari sebelum umat Islam meraikan Aidil Adha.




Bukan sahaja layanan buruk terhadap pendatang asing, rakyat tempatan sendiri pun disepak terajang bila rakyat menyuarakan suara mereka di atas jalan raya. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template