Sunday, January 24, 2010

Najib: Lu fikirlah sendili...




Fikirkan tentang Malaysia

CHENNAI 23 Jan. - Semua etnik di Malaysia mempunyai sumbangan masing-masing untuk membangunkan negara dan menjadi tanggungjawab setiap daripada mereka meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya, selari dengan gagasan 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.--->

PM 1 Malaysia ajak rakyat fikirkan tentang Malaysia. Ya memang rakyat selalu memikirkan tentang Malaysia yang sedang menuju kehancuran ini. 


Kerana rakyat berfikir tentang Malaysia lah rakyat mula bersuara tetapi kerajaan 1 Malaysia membakul sampahkan suara-suara yang memikirkan tentang Malaysia ini. Terbaru, rakyat yang memikirkan tentang Malaysia telah ditahan di depan SOGO kerana berdemo membantah sistem pilihanraya kampus. Sebelum ini rakyat2 yang memikirkan tentang Malaysia turun berdemo ke jalan raya untuk mengajak kerajaan BN 1 Malaysia bersama-sama memikirkan isu ISA, SPR dan PPSMI tetapi kerajaan BN 1 Malaysia tidak berfikir panjang terus mengasak, bersikap kasar dan menangkap rakyat membabi buta. Buah fikiran rakyat dibakul sampahkan begitu sahaja.


Najib mahu rakyat memikirkan tentang Malaysia dalam bentuk macam mana? sepatutnya kerajaan BN 1 Malaysia yang patut fikirkan tentang rakyat. Naikkan harga barang, serba sebi cukai yang dipaksa ke atas rakyat ada kerajaan BN 1 Malaysia fikir dan peduli?


Ada kerajaan BN 1 Malaysia fikirkan akibat tindak-tanduk mereka bergelumang dengan rasuah, membazir-bazirkan wang rakyat dengan projek mega entah apa2 dan kini rakyat menanggung kesan nya.



1 comments:

Keretaburuk & Tempe Goreng on January 24, 2010 at 11:16 PM said...

test

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template