Sunday, January 17, 2010

Enjin F-5E: Pembangkang pulak dipersalahkan...

Pembangkang sentiasa cari salah kerajaan

KUALA TERENGGANU – Pakatan pembangkang diminta tidak lagi mempolitikkan kes kecurian dua enjin pesawat pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana mereka yang terbabit telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Marang, Marina Endut berkata, perkara lebih penting kini adalah menunggu hasil keputusan perbicaraan, bukannya melemparkan pelbagai dakwaan buruk kepada kerajaan.

Marina kesal apabila ada segelintir pemimpin pembangkang yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa individu yang melarikan enjin berkenaan telah ditahan pihak berkuasa, sebaliknya terus menyalahkan kerajaan.

“Apa pun, inilah sikap sebenar pembangkang, mereka sentiasa mencari kesalahan kerajaan untuk mencipta isu baru sedangkan masalah itu telah selesai sepenuhnya.

“Saya percaya, dalang sebenar telah ditangkap, bukannya seseorang untuk dijadikan ‘kambing hitam’ sebagaimana dakwa pembangkang, lebih penting kita tunggu sahaja kes ini dibicarakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Adakah yang ditangkap itu adalah seseorang yang perlu ditangkap?

“Apa pun, inilah sikap sebenar pembangkang, mereka sentiasa mencari kesalahan kerajaan untuk mencipta isu baru sedangkan masalah itu telah selesai sepenuhnya. ???????? ai, kata perkara lebih penting kini adalah
menunggu hasil keputusan perbicaraan.


Kalau tiada kes rasuah, salah guna kuasa, dan ape2 jadah lagi kalau tidak dilakukan oleh UMNO/BN, buat apa pembangkang menambahkan kerja untuk mencari salah kerajaan.

1 comments:

Anonymous said...

Orang yang bertanggung jawab seperti Panglima Angkatan Tentera semasa kehilangan injin tersebut dia adalah Panglima Tentera Udara, Panglima Tentera Udara dan juga Panglima yang menjadi penjaga kepada injin yang hilang di bawah batang hidung nya hendak lah di berhentikan kerana incompetent!!!!!
Tidak ke anih General yang menjaga injin yang hilang di bawah jagaan dia pulak di naikkan pangkat, ini apa punya cerita beb!!! kalau kami prebet ni bukan sahaja diturunkan pangkat malahan kena sepak terajang lagi.
Poraaah UMNO!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template