Friday, January 1, 2010

Dewan Rakyat jenis apa Rais mahukan?

Pembangkang diselar enggan sokong bajet

PUTRAJAYA 30 Dis. - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyelar sistem pembangkang di negara ini yang dilihat lebih bersifat gila kuasa dan tidak menjurus untuk kebaikan rakyat.

Mengambil contoh keengganan barisan Ahli Parlimen pembangkang menyokong meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu, beliau berkata, ia jelas memaparkan gejala rosak pembangkang yang menolak projek-projek pembangunan untuk rakyat.

''Ini soal etika anggota Parlimen pembangkang yang tidak mengasaskan perjuangan untuk kebaikan rakyat.-meloya

Pembangkang pula diselar gila kuasa dan tidak menyokong bajet. Dewan rakyat jenis apa yg Rais Yatim mahukan?. Bukan kah tugas pihak pembangkang itu membangkang sesuatu usul yg tidak relevan utk negara. Ahli parlimen pembangkang bukan pak angguk atau pak turut mcm ahli parlimen BN.

Mengambil contoh keengganan barisan Ahli Parlimen pembangkang menyokong meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu, beliau berkata, ia jelas memaparkan gejala rosak pembangkang yang menolak projek-projek pembangunan untuk rakyat.-Rais

Kenyataan sebegini sangat kurang hajar utk pakatan rakyat. Gejala rosak pembangkang bagaimanakah yg dimaksudkan? jika BN tewas undi malam tu dan membolehkan PR mengambil alih memerintah, ia masih mengikut lunas2 hukum hakam yang sah. Bukan seperti kerajaan haram BN Perak yang gila kuasa merampas kerajaan PR secara haram dan membakulsampahkan kehendak rakyat supaya dun dibubarkan.

Buat apa nak sokong bajet 2010 yang serba serbi segala cukai dan menguntungkan kroni mereka sahaja. Ahli pembangkang pula diselar oleh Rais sebab tak sokong bajet Najib. Berapa ekor katak lagi yang Rais nak?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template