Saturday, January 2, 2010

Bodoh-bodohkan rakyat terlebih dahulu, kemudian baru naikkan harga

Sorotan berita untuk kempen membodohkan rakyat sebelum gula dinaikkan oleh media pembodoh rakyat

Jumlah pesakit diabetes di Kedah tinggi
ALOR SETAR 26 Dis. - Kedah adalah antara negeri yang mencatat jumlah tertinggi penghidap diabetes atau kencing manis di mana 13.6 peratus daripada jumlah populasi penduduk Kedah yang melebihi satu juta orang menghidap penyakit itu.

Kempen kurang ambil gula atasi isu bekalan
KOTA KINABALU 23 Dis. - Kempen pengurangan gula akan dijalankan pada pertengahan Januari depan bagi menangani isu kekurangan bahan itu di negeri ini.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah, Jaafar Walad berkata, pengguna perlu sedar mengenai keburukan pengambilan gula berlebihan setiap hari.

Kurangkan gula kerana kesedaran, bukan disebabkan harga
CADANGAN pelbagai pihak supaya kerajaan menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilannya telah membawa kepada perbincangan hangat.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagaimanapun memutuskan bahawa subsidi gula kekal sehingga ke suatu masa yang akan ditentukan kemudian.

KPDNKK nafi tarik subsidi gula
BERA 20 Dis. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan kerajaan akan menarik balik subsidi gula pada tahun depan.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak berhasrat menarik balik subsidi gula walaupun perjanjian pembelian bekalan dari beberapa negara pengeluar tamat pada 2011.

Kerajaan tidak tarik subsidi gula
20/12/2009 3:39pm
BERA, 20 Dis — Kerajaan tidak akan menarik sepenuhnya subsidi gula dalam masa terdekat bagi mengelak bebanan ditanggung rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata tanpa subsidi, gula yang dijual pada harga RM1.45 sekilogram pada masa ini akan meningkat kepada sekitar RM2.50 hingga RM2.60 sekilogram mengikut harga pasaran dunia.
"Buat masa sekarang, kerajaan tidak akan atau belum bercadang untuk menarik balik subsidi gula di mana 70 peratus gula dibeli dengan harga lama, manakala 30 peratus lagi harga semasa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang UPSR dan bantuan persekolahan Parlimen Bera di sini, hari ini.

Kempen kurang ambil gula
KOTA KINABALU 15 Dis. - Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah akan melancarkan kempen kurangkan pengambilan gula di beberapa daerah utama secara besar-besaran mulai tahun depan.

Penentuan subsidi gula Mei 2010
DUBAI 4 Dis. – Keputusan sama ada pemberian subsidi gula akan diteruskan atau ditarik balik hanya akan ditentukan oleh Kabinet pada Mei tahun depan selepas meneliti pandangan dari semua pihak yang terlibat.

Kerajaan tidak berhasrat hapus subsidi gula, harga kekal RM1.45 sekilogram
PUTRAJAYA, 4 Dis. — Kerajaan tidak berhasrat untuk menarik balik subsidi gula dalam masa terdekat, sekaligus mengekalkan harga barangan tersebut pada RM1.45 sekilogram.

Jangan sedia minuman bergula - Ismail Sabri
KUALA LUMPUR 1 Dis. - Menyedari pengambilan gula berlebihan boleh memudaratkan kesihatan, pejabat-pejabat kerajaan dicadangkan supaya tidak menyediakan minuman bergula semasa mesyuarat atau majlis rasmi.

Kementerian kaji cadangan tarik balik subsidi gula
KUALA LUMPUR 1 Dis. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia.

Pengambilan gula rakyat Malaysia membimbangkan
KUALA LUMPUR 24 Nov. — Kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia telah sampai ke tahap amat membimbangkan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template