Thursday, December 24, 2009

Tangkap? sebelum itu, sila letak jawatan terlebih dahulu

Pencuri enjin F-5E patut ditahan ISA

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Polis perlu menahan kesemua individu yang disyaki terlibat dalam skandal kecurian enjin pesawat tempur F-5E serta peralatan berkaitan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali (gambar) menegaskan, penggunaan ISA merupakan cara terbaik kerana apabila ditahan, pihak berkuasa boleh menyoal siasat mereka tanpa mengira waktu.-utusan
_____________________________________________________________________________________

Siapa semua yang perlu ditahan itu? yang pasti yang akan ditahan adalah pencacai-pencacai bawahan manakala pencacai atasan berprofile tinggi akan dibiarkan bebas.

Nak biarkan diri ditangkap? nak letak jawatan pun tak boleh.

Letak jawatan dahulu


kemudian


Tangkap



Sepertimana diperlakukan keatas DSAI dahulu. Dipecat dari jawatan kemudian ditangkap. Iyelah, takkan status menteri duduk dalam lokap. Rakyat mahu menteri yang bertanggungjawab kehilangan enjin jet tersebut perlu letak jawatan. Ini soal keselamatan negara. Lepas letak jawatan nak diISAkan ke, diSPRMkan ke, nak diPoliskan ke, nak usung kemana pun ikut suka lah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template