Saturday, December 19, 2009

Sebab rakyat dah undi dan memilih BN menerajui negara ini. Nak buat mcm mana lagi...cukai pun cukai lah

Menteri cakap cukai GST mewujudkan situasi menang-menang kepada rakyat. Istilah 'menang-menang' diguna pakai oleh konco2 BN untuk memperbodohkan rakyat sejak kes kehilangan pulau batu putih. Tak dinafikan ada rakyat kita dah terbodoh dan mmg dah pun bodoh untuk diperbodohkan oleh konco2 BN.

Tengok situasi rakyat sekarang, kita agak2 pun takpe dgn kerajaan BN sekarang ini mahu rakyat2 jelata bodoh2 belaka. Untuk memimpin rakyat yg bodoh2 tak sukar. Senanglah untuk naikkan harga minyak ke, naikkan harga gula, ayam, tepung, beras hatta seluar dalam pun begitu mudah untuk dinaikkan sekiranya rakyat dipimpin bodoh dunggu. Takde lah demotrasi ataupun piket.

kan senang kerajaan nak memerintah. Malaysia ni, kerajaan kenakan cukai kepada rakyat untuk cukai buang najis pun, rakyat terima. Inikan Malaysia. Dekat PRU nanti kasi kain pelikat sehelai dah sejuk lah amarah rakyat dan rakyat rasa kira senang dah hidup bawah BN.



Kalaulah buang tahi pun kena bayar cukai, BN boleh menang jugak PRU nanti.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template