Wednesday, December 23, 2009

Rundingan royalti minyak:Kerajaan negeri UMNO ke atau kerajaan PAS jika berunding dengan kerajaan pusat, hasilnya adalah haprak!!!!

Ketika dulu UMNO beriya-iya mahu berunding dengan PAS untuk bersama mewujudkan kerajaan perpaduan. Nasib baik dengan kebijaksanaan TGNA mencantas segelintir niat pemimpin PAS yang dah termakan dengan niat 'baik' UMNO itu.

Berunding dengan UMNO? seperti mana sy tegaskan sebelum ini, nak berunding dengan UMNO baik pergi berunding dengan Yahudi haram. Isu tuntutan royalti minyak kelantan dan PAS bersedia berunding dengan UMNO bagi mendapatkan hak rakyat kelantan. Runding lagi...Apa yang PAS boleh ajak UMNO untuk berunding? kalau berkaitan dengan wang ringgit tak payah harap lah. Pendekatan jalan raya lebih baik untuk PAS atau PR berbanding dengan pendekatan melalui meja rundingan.

Lihat apa yang terjadi rundingan royalti minyak antara kerajaan UMNO Terengganu dengan kerajaan UMNO pusat? Bagaimana kerajaan PAS kelantan mahu berunding bagi menuntut royalti minyak dengan kerajaan Pusat sedangkan rundingan sesama UMNO/BN sendiripun gagal.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini mendengar penjelasan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said yang menyatakan, rundingan pembayaran royalti minyak masih belum selesai dan bayaran royalti tersebut masih belum diterima.

Itu kerajaan UMNO Terengganu yang berunding dengan kerajaan UMNO/BN pusat apatah lagi kerajaan PAS Kelantan, lagi lah haprak!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template