Saturday, December 26, 2009

Peristiwa 66-63: Datuk Seri Dr Rais Yatim cadang menghadkan waktu sidang Dewan Rakyat

SHAH ALAM – Cadangan menghadkan waktu sidang Dewan Rakyat seperti disuarakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mendapat reaksi berbeza daripada wakil rakyat Barisan Nasional.-sinar harian


Hahaha, ia sering berlaku jika ada melibatkan ketidak untungan pada pihak UMNO/BN.

Pondok panas diharamkan atau mencadangkan had jumlah penyokong parti yang hadir semasa penamaan calon adalah cadangan-cadangan oleh puak-puak UMNO/BN. Ini kerana ia tidak membawa kelebihan kepada UMNO/BN. Rakyat dah lihat sendiri bertapa ramainya penyokong yang hadir ketika hari penamaan calon berbanding beberapa kerat penyokong BN.

Cadangan terbaru bagi menyambung hayat UMNO/BN iaitu Rais Yatim beri cadangan supaya menghadkan waktu sidang Dewan Rakyat. Cadangan yang diutarakan ini mestinya disebabkan oleh peristiwa kerajaan BN hampir tumbang pada Isnin malam , 14 Disember 2009 usul untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template