Thursday, December 24, 2009

Kuasa tempur udara rojak

sumber rujukan :http://www.malaysiakini.com/letters/53708 11 julai 2006

Perbezaan TUDM dengan RSAF dari segi jenis jentera pesawat(negara jiran Singapura)

RSAF

RSAF lebih tertumpu kepada operasi pesawat dari jenis yang sama dengan ini akan memudahkan kerja penyenggaraan, mendapatkan alat ganti serta melatih anggota-anggota yang mengendali dan menyenggara pesawat tersebut.


TUDM

TUDM pula yang mempelbagaikan jenis pesawatnya dengan Sukhoi dan MIG dari Rusia, Hawk dari Britain, F-18 dari Amerika Syarikat, MB339 daripada Itali menyebabkan lebih banyak sumber diperlukan dari sudut kerja penyenggaraan, mendapatkan alat ganti serta melatih anggota-anggota yang mengendali dan menyenggara pesawat.
_____________________________________________________________________________________

Hasilnya pesawat, enjin, alat ganti yang serba rojak ini berakhir dengan kehilangan 2 buah enjin jet. Negara-negara di luar sana mentertawakan kita.

Dari sektor pembangunan, rasuah, sistem kehakiman dan perundangan, sistem pilihanraya hinggalah melibatkan aspek keselamatan negara menjadi bahan jenaka pihak luar. Akhirnya beban negara(BN) akibat perilaku buruk pemimpin-pemimpin BN terpaksa dipikul atas bahu rakyat. Seperti GST adalah beban negara(BN) yang akan dipikul oleh rakyat kelak.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template