Wednesday, December 23, 2009

Keselamatan negara: antara enjin jet F-5E dan kapal selam Scorpene

Kenapa pembelian kapal selam tidak dibuat tender secara terbuka?

Ini jawapannya untuk membodohkan rakyat :

KUALA LUMPUR: Pembelian dua kapal selam jenis Scorpene, KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak dengan nilai kontrak perolehan Euro1.084 bilion (RM6 bilion) tidak dibuat secara tender terbuka, sebaliknya menerusi runding terus dengan syarikat pembuat bagi menjamin keselamatan pertahanan negara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menegaskan, sistem tender terbuka hanya mendedahkan rahsia pertahanan negara kepada musuh dan tiada negara yang melaksanakan tender terbuka untuk pembelian peralatan berteknologi tinggi itu.

"Apa yang kita buat ialah kita mempunyai kepintaran sendiri, kita mengkaji semua kepakaran syarikat yang membuat kapal selam bagi memastikan mereka memenuhi spesifikasi dan keperluan keselamatan negara.

"Kalau kita buat tender terbuka, bermakna kita menyerahkan sistem pertahanan negara pada pihak luar, ini yang pembangkang suka," katanya menjawab soalan tambahan Nga Kor Ming (DAP-Taiping).
Nga mempertikaikan tindakan kerajaan membeli kapal selam daripada syarikat DCNS dari Perancis dan Syarikat Navantia dari Sepanyol melalui runding terus, bukan secara tender terbuka.


--------------------------------------------------------------------------------

Sekarang apa dah jadi dengan enjin jet yang hilang itu? bukankah akibat kejadian ini juga menyerahkan sistem pertahanan negara pada pihak luar dan juga melibatkan isu keselamatan negara.

Menteri yang bertanggungjawab patut letak jawatan. Ini berkaitan dengan isu keselamatan negera seperti mana ketegasan konco Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad bertegas dengan isu pembelian kapal selam.

Enjin jet bukan sebuah yang hilang tapi dua buah enjin jet bernilai 50juta setiap satu. Ini soal keselamatan negara, menteri yang bertanggunjawab patut letak jawatan.

Tapi ini malaysia, perkara sebegitu adalah sukar untuk dibuat kecuali skandal seks bervideo yg terjadi keatas menteri kesihatan. Nasib baik ada video, tak dpt nak memperbodohkan rakyat.

isu hilang enjin jet, selagi rakyat boleh dibodohkan selagi itu jawatan dapat dipertahankan.
malaysia ... malaysia... hmmmm

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template