Tuesday, December 1, 2009

Jom join kite!!!

dari http://multilevel-sucks.blogspot.com/

Taktik Geng 369..Pls take note!!!

Kesibukan bekerja menghadkan waktu dan ruang utk aku menjadi seorang blogger yg tegar...Sejak akhir-akhir ni aku agak sibuk sampai takde masa nk update blog..Tak kisah la, asalkan aku mencari rezeki yg halal utk menyara hidup aku...Alhamdullilah, aku mencari rezeki dgn cara yg tidak meragukan.tiada unsur penindasan dan paksaan..tak pernah sekalipun suruh org2 kerajaan buat personal rm23k utk keuntungan sendiri..tak pernah menunjuk nunjuk kereta@harta benda yg ada..tak pernah liminate cheque dan tunjukan pada org..tak pernah menepek kat rumah org sampai berjam jam lamanya dan tak nak balik selagi tak dapat apa yg aku nk..aku tak buat itu semua.. mengelat sikit2 tu mgkn ada la..itu je..tp apa yg aku tau, aku tak pernah menganiaya org apatah lagi penganiayaan yg sebegitu teruk sepertimana yg geng2 haiyoo (especialy geng 369) ni buat..

Baru-baru ni, aku sempat singgah ke rumah makyung aku di kawasan selangor..Aku terkejut apabila aku dgr berita seorang dr sepupu aku dah termakan jerat dan janji manis jibaok geng 369 ni. dah lama gak la dia kena..dalam bulan ogos baru2 ni..Patutlah aku perasan masa raya aritu, muka dia agak suram..rupa2nya ada cerita.. Sepupu aku skg ni bekerja dan tinggal di luar KL. Melalui cerita makyung aku, sepupu aku ni dibawa oleh jibaok kt sana utk mendengar sembang kongkang jibaok haiyoo ni di markas ajaran mereka ni di gombak..Disebabkan termakan umpan dan JANJI PALSU dgn puak2 jibaok ni, dia pun buat loan rm23k dan membeli 10 korset..Selepas setel semua urusan loan dan pambayaran dibuat kepada haiyoo, maka sepupu aku ni (laki+bini) dapat la 10 helai korset yg semuanya saiz kecik..(aku tak pasti saiz s or m..tp makyung aku ckp, saiz korset tu cm sesuai utk bini sepupu aku tu la..bini sepupu aku tu badan kecik je..sekali pandang cm budak sek men..hehe)..Mcm biasa la, masa utk dia dapat kesemua korset tu memakan masa yg agak lama..geng 369..biasa la..itu la taktik dia..

Yang paling best, jibaok jibaok ni dah menabur janji manis pd sepupu aku ni..antaranya, dia akan membantu sepupu aku ni utk cr downline..dgn umpan kete besar (kalo xsilap makyug aku, caldina..sbb dia pun tak perasan..tp dia kata mpv la), sepupu aku pun rekemen la member dia yg kerja sama2 kt negeri tu..maka jibaok 369 ni pun dgn pantas terus serbu rumah member sepupu aku ni pada pukul 10mlm..bila sampai rumah, pas minum air secawan, upline dia ni pun cerita kongkang la pasal biz menipu org ni..cerita panjang sampai dkt2 kul 12..sepupu aku ni dah perasan yg member dia dah semacam, tp dia tak boleh buat apa..dia pun dah start rasa bersalah..nasib baik member dia ni pandai, member dia suruh dtg balik esok utk mengongkang lebih lanjut..bila ckp cmtu, terus jibaok ni tanya kul baper appoinment esok..perghh..pantas..pastu member ni pun terpaksa buat janji plasu..esoknya bila time keje, member sepupu aku bgtau la kt sepupu aku betapa bengangnya dia dgn jibaok tu malam td..sembang gegar, berlagak dan menunjuk nunjuk..nasib baik mereka ni kawan baik, so diorg ckp elok2 la..sepupu aku minta maaf n tak sangka benda ni boleh jadi..

Ptg tu, jibaok tu kol sepupu aku, ajak serbu rumah member sepupu aku tu lagi sekali.semalam appoinment dtg umah pas time keje..tp time tu, sepupu aku bgtau la kt jibaok tu yg member dia tak senang psl malam semalam..tp last2, member aku kena saiko balik ngn jibaok tu..dia kata, "nk tak nak kena cari org gak..loan dah buat..interest kena bayar..sanggup ke menanggung rugi? pinjam rm23k, kena bayar balik kalo campur interest dekatrm30k...setakat ni, hanya tu je prospek yg terbaik.." huhu..last2 sepupu aku tu follow gak la...bila sampai je umah member sepupu aku tu, dia takde kat rumah..(haha..pandai brader tu)..jibaok tu suruh sepupu aku tu call member dia..perghhh..punya la sangap gila jibaok ni...dia tak kira..selagi tak dapat apa yg dia nk, dia buat apa sj..last member aku malas ikut ckp jibaok tu..sejak peristiwa tu, jibaok tu dah tak call/bertanya khabar apatah lagi ambik tahu pasal sepupu aku lg..buat apa dia nk amik tahu, kalo sepupu aku ni tak mampu menguntungkan dia..ye tak..tapi....dia kan upline sepupu aku..apa tanggungjawab upline ke atas downline dia aaa? hmmmmm

Janji manis yg seterusnya, pasal korset..jibaok2 ni kata, korset memula mereka kasi saiz apa yg ada dulu..so, sepupu aku ni dapat saiz kecik (size s or maybe m)..tp kalo ada org yg badan besar nk beli korset tu, boleh pg ke stokis, tukar saiz yg customer nak...hmmm....ye ke? mari kita baca cerita selanjutnya...

Selepas kes dgn member sepupu aku tu, jibaok ni dah tak hiraukan dia lagi..so, terpaksa la sepupu aku ni bergerak sendiri mencari buyer utk beli korset dia..sekali tu, rezeki dia, ada la sorang minah ni nk beli korset..malangnya, minah ni badan besar..so, dia pun pg la stokis sbb nk tukar ngn saiz besar..(aku tak sure stokis kat mana..gombak or tempat lain)..malangnya, org stokis tu kata "tak boleh..dah beli mana boleh tukar..kalo nk tukar, tukar dgn jibaok2 lain yg beli korset gak.."tercengang sepupu aku ni..sebelum ni jibaok upline dia kata boleh tukar kat stokis...skg ni tak boleh tukar plak..apa cerita ni..?akhirnya, baru la dia tahu, dia dah kena klepet.. Upline dia bila call, berjawab, tp mulut dah semanis dulu..ye laa..buat apa dia nk layan sepupu aku tu, kalo sepupu aku ni tak boleh menguntungkan dia, ye tak..kalo sepupu aku dpt cr downline, jibaok ni akan dpt komisen, tp kalo xde downline or just jual brg, buat apa..terkontang kanting la dia sesorang..

Sekali sekala kalo aku view facebook sepupu aku tu, aku boleh baca ayat yg mcm ni.. "runsing..nk balik kg, tenangkan fikiran", "belajar dari kesilapan", dan mcm2 lagi...Aku kadang2 sedih gak bila dapat tahu sepupu sendiri pun kena klepet ngn jibaok ni..hmm..tp apa boleh buat..pada aku ungkapan "belajar dr kesilapan" tu sgt lah betul, tak dinafikan..tp tak semestinya kita belajar dr kesilapan kita sendiri..kita juga boleh belajar dr kesilapan org lain jugak kan kan? pada aku, belajar dr kesilapan org lain adalah lebih baik..dr situ kita dapat tahu sesuatu bahaya lebih awal dan "alert" dgn bahaya yg ada kt sekeliling kita..dan kita tak perlu menangung sakitnya kesan dr kesilapan yg kita lakukan.. sbg contoh, kerajaan Msia sanggup belanja juta-juta just utk mewujudkan satu sistem amaran awal tsunami..kenapa? sbb kerajaan Msia belajar drp kesilapan pihak yg sepatutnya mengeluarkan amaran bhw ada tsunami pada Dis 2004 yg mengakibatkan Acheh hilang hampir 230k penduduknya..so, disebabkan kesilapan org lain, Msia take note n buat apa yg patut utk mengelakan dr penduduk Msia plk yg kena tsunami..betul tk? betul...


Dan, pada aku, kesan berhutang selama 9 thn, tp tak dapat apa2 kecuali resah dan gelisah setiap bulan sbb duit hilang camtu je lebih kurang sm mcm tsunami ..Atas tujuan tu la aku create blog ni..ada org kata, aku cuba menjadi wira..aku cuba menyatakan benda yg tak benar..malah ada yg kata, aku hanya berani baling batu sembunyi tangan..ye ke? terpulang..tp pada aku, kemajuan teknologi yg ada perlu digunakan sebaik baiknya..sbb geng haiyoo ni pun menggunakan cara yg sama utk menjerat mangsa..kalo "digoogle", kita akan jumpa byk page/blog pasal haiyoo ni..mereka aktif menjerat mangsa dan ramai yg terkena..Tsunami dah melanda dan byk drp org melayu kita yg menjadi mangsa..kepada mereka2 yg belum kena, satu je nasihat aku, hati hati dgn golongan jibaok ni..belajar la dr kesilapan org lain...Mungkin ayat dalam blog aku sebelum ni agak sedikit kasar, tp aku terpaksa sbb aku nk bgtau betapa jahatnya jibaok ni..Aku dah wujudkan satu sistem amaran awal..terpulang la pada korang nk percaya atau tak..tp apa yg aku ceritakan adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan juga pengalaman org lain..Aku cuma minta akal fikiran korang yg waras utk korang fikirkan yg mana baik dan yg mana buruk..dan buat la keputusan yg terbaik utk masa depan korang..sekali tersilap langkah, korang jatuh terduduk, susah nk bangun balik..percayalah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template