Sunday, December 20, 2009

GST: Jaga2 projek membodohkan rakyat.




Macam mana nak merompak wang rakyat? ok, yg terkini adalah GST. Sebelum GST dilaksanakan rakyat perlu diperbodohkan dahulu. Rakyat perlu diperbodohkan cukup2 dahulu jika tidak akibatnya kurang bilangan undi untuk BN.

Kata2 bombastik atau kata2 positif ala2 mlm mesti ada dlm projek membodohkan rakyat ini. Sepertimana kata2 cun dari Ahmad Husni Hanadzlah dalam B.Harian " Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) bertujuan meletakkan ekonomi negara pada tahap yang sama dengan negara maju dan sesuai dengan peredaran zaman" Tambah pembodoh rakyat lagi, hasil GST yg dirompak oleh rakyat akan digunakan bagi melaksanakan projek-projek untuk manfaat seluruh rakyat. Boleh pecaya ka untuk digunakan bagi pembangunan untuk rakyat?

Dan tambah pembodoh rakyat lagi bagi menambahkan memperkuatkan hujah2 untuk membodohkan rakyat "Hanya tiga negara di rantau Asia Tenggara tidak mengamalkan sistem percukaian ini iaitu Malaysia, Brunei dan Myanmar. Brunei tidak mengamalkan sistem percukaian dan kita pula akan menyertai 143 negara lain yang melaksanakan GST. Kita perlu berubah untuk memastikan berada dalam kelompok terbaik" Pembodoh ni nak kasi tau rakyat bahawa negara kita memang dah ketinggalan zaman dan terbuktinya hanya tinggal 3 negara je dlm asean yang tidak melaksanakan GST, macam mana negara mau maju. (Hahahahaha)

Nasihat kepada kerajaan BN adalah supaya kerajaan perlu terus menerus projek membodohkan rakyat. Bodoh adalah bersifat dinamik atau dianggap pembolehubah dalam hasil projek membodohkan rakyat. Bodoh bukan bersifat malar. Jika tidak kurang bilangan undi pada BN nanti, orang bodoh pun boleh marah kalau orang amik duit dia tapi kalau orang amik duit dia tapi dia tak marah2, tak tahu lah tahap bodoh jenis apa dia tu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template