Saturday, December 26, 2009

Enjin F-5E: Warga undi pos perlu sedar dan berubah

Tidak munasabah tiada pegawai atasan terlibat
SHAH ALAM – Kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa tiada pegawai atasan tentera terlibat dalam kes kehilangan dua enjin jet tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak masuk akal.

Penulis politik, Mohd Sayuti Omar berkata, kenyataan itu tidak munasabah kerana pegawai pangkat rendah tidak akan mampu melarikan enjin seperti itu tanpa bantuan pihak atasan.-sinar

________________________________________________________________________________________

Warga undi pos perlu sedar, jangan jadi bodoh.

Pegawai-pegawai atasan yang senang lenang dengan hasil habuan jenayah tetapi anggota bawahan dituduh terlibat.

Ini macam kes pembunuhan model monggolia, orang atasan beri arahan, orang suruhan pula kena hukum gantung. Tukang suruh terlepas hidup bebas. Sampai bila orang bawahan perlu jadi kambing hitam untuk kerja jenayah orang atasan. Jangan jadi bodoh warga undi pos, kesian lah rakan-rakan anda tu.

Menteri yang bertanggungjawab ketika itu patut letak jawatan. Yang kelakar pencacai UMNO duk fitnah pegawai tentera menyokong pembangkang yang kebas enjin jet itu.

Contoh: forum mykmu. nick name kambingberjanggut. Posted: Wed Dec 23, 2009 9:03
POST : ambil tindakan sewajarnya..ni mesti kerja2 anggota tentera yg jenis menyokong pembangkang mcm abg ipar aku. semua aktiviti dan semua perkara tentang kerajaan tak betul semua salah tapi tak sedar dia menyara anak bini pun bekerja dgn tentera... padan muka pada barua jenis duri dlm daging...semoga ALLAH melaknati perbuatan korang.

1 comments:

Anonymous said...

Apa lu ingat pengundi pos bodoh ke?
Apa lu ingat lain lain pangkat tu bodoh ke?
Apa pangkat Idi Amin sebelum jadi presiden?
Apa pangkat Hitler sebelum jadi diktator?
Apa pangkat Napolean Bonapart sebelum jadi maharaja Peranchis?
Buka lah minda saudara dan jangan buat fitnah dan memperbodohkan orang!!! Baca lah sejarah, macam ini camne nak kempen menangkan PAKATAN asyik nak hantamkeromo je!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template