Friday, December 25, 2009

Enjin F-5E: David Copperfield terkejut? ada individu lebih hebat daripada beliau

David copperfield

Adakah beliau yang menghilangkan 2 buah enjin jet milik RMAF? kenapa beliau tak hilangkan sekali dengan pesawat?. Tidak mungkin David copperfield. Habis siapa dalangnya?

F-5E: Peguam Negara jamin siasatan penuh-utusan meloya
NEW DELHI 23 Dis. - Sambil menyifatkan kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E sebagai 'perkara serius', Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes itu.-petikan dari utusan

Dalam temu bual dengan Bernama di sini, Abdul Gani berkata, kes berkenaan rumit kerana ia melibatkan pelbagai agensi kementerian, agensi pengangkutan dan penghantaran, rangkaian keselamatan dan syarikat yang membaik pulih enjin.-petikan dari utusan

Kes itu dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara kira-kira enam bulan lepas untuk disiasat.-petikan dari utusan



Dari kesimpulan artikel berita di atas "F-5E: Peguam Negara jamin siasatan penuh"


1) Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini memberi jaminan akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes tersebut. Tetapi kenapa baru sekarang Peguam negara mahu berusaha habis-habisan setelah kes kehilangan 2 enjin jet bocor ke pengetahuan awam?

Hairan...Peguam Negara menyifatkan kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E sebagai 'perkara serius' tetapi baru sekarang Peguam Negara mahu berusaha habis-habisan setelah kes itu dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara kira-kira enam bulan lepas untuk disiasat.

2) Kedua, "Tiada pegawai kanan terlibat dalam kejadian kehilangan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sebaliknya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, hanya Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) yang didapati terlibat.- rujukan tranungkite.net

Difahamkan LLP adalah dirujuk kepada anggota tentera berpangkat sarjan ke bawah. Paling tinggi adalah berpangkat sarjan sebagai kepala geng curi enjin jet. Bagaimana seorang soljar berpangkat sarjen boleh mengeluarkan arahan kepada anggota bawahan. Besar sungguh nafsu sarjan dengan nilai enjin jet RM 50juta mengalahkan pemimpin korup UMNO/BN.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, hanya Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) yang didapati terlibat.
Abdul Gani pula berkata, kes berkenaan rumit kerana ia melibatkan pelbagai agensi kementerian, agensi pengangkutan dan penghantaran, rangkaian keselamatan dan syarikat yang membaik pulih enjin.

Wah, ini semua kerja LLP ke? hebat sungguh, semua agensi diaorang dapat control bagi melincinkan kerja mencuri enjin jet. Ini boleh diklasifikasikan sebagai 'misi mustahil'

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template