Friday, December 25, 2009

Aku takboh balasang mende lain, aku nok undi pangkoh BN

Pelajar cemerlang dirasuah Ahmad Said
KUALA TERENGGANU, 25 Dis: "Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini, saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang."-harakah



MB sumpah tak seleweng
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang sering dikaitkan dengan tuduhan penyelewengan dalam pelaksanaan pelbagai projek dalam pentadbirannya oleh kumpulan tertentu, semalam, melafazkan sumpah secara terbuka ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menafikan semua dakwaan berkenaan.

Ahmad berkata, semua projek yang dilaksanakan dalam pentadbirannya termasuk pemberian kurma dan air zamzam mengikut prosedur dan bertujuan memanfaatkan rakyat semata-mata.

“Dengan nama Allah, Bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat-mymetro

Ada sedikit perkaitan yang kita boleh hubungkan antara sumbangan pelajar cemerlang dengan sumbangan air zam-zam dan kurma ramadan oleh Mat Said. Mat said berkata segala projek dan termasuklah sumbangan air zam-zam serta kurma adalah untuk memanfaatkan rakyat.

Untuk memanfaatkan rakyat? ikhlas ke Mat Said? bukan untuk menagih undi semata-mata bagi menyambung hayat politik beliau.

Kita lihat lah sendiri, pada hari penyampaian hadiah kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu. Segala bantuan yang Mat Said beri beliau mahu balasan undi dari rakyat.

Kita fikir semula kata-kata sumpah MB Terangganu Ahmad Said “Dengan nama Allah, Bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat

Pentingnya rakyat kepada UMNO/BN adalah semasa hari pengundian. Undi rakyat yang diutamakan bukan rakyat.

Kerana undi, rakyat asing didahulukan dahulu dari rakyat sendiri seperti PM kita Najib Razak menternak pendatang asing Rohingya dan memberi layan istimewa seperti pemberian tanah, elaun, peluang peniagaan hanyalah semata-mata undi pilihanraya. -Pendatang asing Rohingya

Rakyat serta anggota2 keselamatan (undi pos) tidak sudah-sudah dibodohkan berterusan oleh pemimpin UMNO/BN kerana undi semata-mata.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template